^^

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 14, 2011

Bermula Disini 2

2 tahun sudah cukup untuk aku menanti ‘dia’ yang sudah mungkiri janjinya sendiri.
“Hanna, kau asyik termenung je. Are you okay?” nur menyoal Hanna.
“Kau ni! aku baru nak berangan kahwin dengan Mr. Lee.”
Bahu Hanna ditampar kuat oleh Nur.
“Mr. Lee yang tua tu jugak la yang kau nak. Tu Asyraf kau tak nak try ke?”
Nur begitu gemar mengusik Hanna.
“Kau ni. sehari tak sebut nama tu agak nya boleh mati kot.”
“Aku tak mati la kalau tak sebut nama dia sehari, tapi kau aku tak tahu la.”
Lantas lengan Nur dicubit Hanna.
Puan Zulaikha masuk dan mengambil kedatangan. Kelas tuisyen berjalan seperti biasa.
Tiba-tiba…
“Asyraf dan Hanna, sila tunggu yang lain boleh bersurai.”
‘Apa la yang aku dah buat ni?’ soal hati Hanna
Sebelum keluar Nur sempat berbisik
“Hanna, cikgu nak kahwinkan kau dengan Asyraf la tu.”

“Cikgu kenapa nak jumpa saya.” Asyraf  memulakan bicara.
“Duduk Hanna, Asyraf.”
“Terima kasih cikgu” Hanna dan Asyraf duduk di hadapan Puan Zulaikha.
“Cikgu nak tanya kamu berdua faham tak apa yang cikgu ajar?”
“Saya faham cikgu.” Ujar Hanna.
“Kamu Asyraf?”
Hanya anggukan yang diberi.
“Tak apalah kamu berdua boleh balik.”
“Sekejap cikgu, saya nak tahu juga kenapa cikgu panggil kami berdua ni?”
“Sebenarnya, saya tengok kamu berdua ni suka sangat termenung.”
‘Aduh! Cikgu ni perasaan rupanya. Aku bukan termenung ke apa, aku dalam proses mengusha anak orang ni.’
“Asyraf kamu tak nak balik ke? Kamu senyum apa benda la tu.”
Asyraf tersenyum malu.


“Hanna, asal?”
“Kau ni Nur, buat aku terkejut je. Cikgu just tanya aku paham tak pe yang cikgu ajar.”
“Aku ingat cikgu nak kahwinkan kau dengan as..”
Lantas lengan Nur menjadi sasaran Hanna.
“Kau ni memang dah lebih. Aku geram betul dengan kau ni.”
“Sakit kau tau tak. Aku cerita bapak aku baru padan muka kau. Bapak aku serang kau keliling rumah la alamatnya. Sesuki je kau cubit satu-satunya anak perempuan dia yang cantik ni.”
“Apa-apa la cik Nur Qhayish. Dah jom balik tunggu kau membebel belum tentu esok boleh sampai rumah.”
Hanna cuba melarikan diri dari dicubit oleh Nur. Hanna yang terlampau takut tidak perasan akan Asyraf yang ada di belakangnya itu. Bum!!

“Ouch”
Hanna sudah ada di tanah, Asyraf pula terduduk cantik punya di atas peha Hanna.
“Ehem.” Nur berdehem.
Asyraf segera bangun.
“Sorry, tak sengaja.”
“No! it’s my fault. So sorry.” Muka Hanna sudah mula memerah.
‘Hati kenapa kau macam tetiba tersuka anak teruna orang ni?’ Hanna menyoal hatinya.

No comments:

Post a Comment