^^

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 22, 2011

Kenapa WANITA sering menangis?

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?




JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang  yang ia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

cr : http://diarihati.com/blog/

Friday, November 25, 2011

Cinta Dalam Hati [End]

Jengjengjeng...

“Tahniah, aku sangat sangat nak tengok kawan aku yang cantik dan tak hemsem ni bahagia sampai akhir hayat.”
“Khayla terima kasih sangat. Aku sayang kau.”
“Sayang kau juga, Fatihah Raisha.”
“Kau tak yah masuk rumah mertua aku.”
“Oi, asal pulak aku tak boleh masuk rumah abah Fatihah ni?”
“Sebabnye kau kata aku tak hensem. Laki dengan anak-anak kau boleh masuk.”
“Fatihah, kau tengok laki kau yang baru nikah dua hari ni. Nyampah aku.”
“Habib..”
“Yup, sayang. Yela habib bagi dia masuk.”
“Dah macam habib jewel dah aku dengar kau panggil Aizat ni.”
“Khayla!”
“Woi, bini aku tu. Pada la kau nak tampar pon.”
“Oh! My hero. Love you la Hincik Aiman.” Khayla mengucup pipi Aiman dihadapan anak-anaknya dan pasangan pengantin itu.”

Majlis yang serba serdahana itu berjalan dengan lancar.

“Aizat, abah nak kamu jaga puteri abah ni baik-baik. Fatihah Raisha kamu mesti dengar cakap suami kamu ni. Jangan malas masak untuk suami kamu ni.”
“Abah ni. Malu la Raisha. Habib jangan la gelakkan sayang. “ Fatihah Raisha kelihatan merah sekali mukanya.
“Dah la Raisha. Kamu berdua pergi la rehat. Abah dengan mak pun nak masuk tidur ni.”
Aizat Qaiser dan Fatihah Raisha menyalami tangan abah dan mak. Mereka masih lagi berada di ruang tamu itu.
“Thanks sangat sayang sebab sayang sabar sampailah hati abah dengan mak sayang sudi terima habib ni. Love you so much.”
“Love you too. Habib pun thanks sangat-sangat Habiblah hero hati sayang.”
“Mencintaimu sempurnakan aku.”

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang bukanlah anugerah atau hadiah semata. Hargailah cinta selagi cinta boleh mengajar kita erti berkasih sayang. 

Cinta Dalam Hati 11

“Uncle, Farid tak dapat jadikan Fatihah Raisha sebagai teman hidup Farid. Farid dah ada Wahida. Uncle, Farid dah cakap dekat papa yang Farid tak nak kahwin dengan Fatihah Raisha tapi papa buat tak tahu. Farid fikir biarlah Farid terus terang dengan uncle dan Raisha. Farid minta maaf sangat.”
‘Ya Allah, ini kenyataankah?’
“Farid, uncle faham. Uncle doakan Farid bahagia dengan pilihan Farid.”
“Thank you so much uncle. Fatihah Raisha, saya bukan benci awak. Hmm, saya cuma tak dapat cintakan awak seperti Aizat Qaiser cintakan awak.”
“Farid kenal Aizat?”
“Kenal uncle, dia baik dan yang Farid tahu dia sangat mencintai puteri uncle ni. Uncle, Farid balik dulu. Maafkan Farid.”
“Tak apalah Farid, dah bukan nak jadi rezeki uncle untuk kamu jadi menantu uncle. Balik ni kamu kirim salam dekat papa kamu.”


‘Mungkin sudah takdir anak aku bukan untuk anak Mazlan tu. Aku nak buat macam mana ni lagi 3 hari majlis akad nikah. Ya Allah, bantu lah hambaMu ini.’
“Raisha, abah nak telefon kamu sekejap. Abah pinjam.” Tegas sekali suara abah Fatihah Raisha.
“Assalamualaikum, Fatihah kenapa call saya ni?”
“Waalaikumsalam, ni abah Fatihah bukan Fatihah. Dia tak tahu yang pakcik telefon kamu. Pakcik nak kamu datang rumah pakcik sekarang. Tapi kamu jangan bagi tahu Fatihah. Assalamualaikum.”

“Wah, abah Fatihah Raisha sayangku nak jumpa. Terima kasih Ya Allah.”

Tepat jam 9 malam, Aizat Qaiser sudah ada dihadapan pintu pagar rumah Fatihah Raisha.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Aizat masuklah.”
Aizat Qaiser menyalami tangan lelaki itu. Hatinya berdebar sekali.
“Aizat, kamu duduklah dulu di sini. Pakcik nak masuk panggil mak Raisha sekejap.”
Aizat Qaiser sekadar menganggukkan kepalanya.
‘Aizat, mesej Fatihah ke tak ni? Ish, aku dah janji dengan abah dia. Janganlah Aizat. Nanti abah dia cancel aku nak buat menantu sebabnya tak pegang pada janji. Tidak sama sekali.’
“Awak!”
‘Gulp! Fatihah Raisha nampak aku. Tidak punah harapan aku nak jadi menantu. Mama maafkan Aizat.’
“Aizat, Raisha duduklah. Abah ada benda penting nak bincang dengan kamu berdua ni.”
“Raisha, mak dengan abah dah fikir nak..”

Cinta Dalam Hati 10

“Okeh. Kalau tak sedap jangan gelak tau.”
“Cepat la.”
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

Kedengaran tangisan Fatihah Raisha di hujung talian.
Suasana sunyi seketika. Aizat Qaiser sekadar membiarkan Fatihah Raisha menangis. Bukan tidak mahu memujuk, akan tetapi biar lah Fatihah Raisha luahkan segalanya.
“Awak, sedap. Saya suka sangat.”
“Sayang awak Fatihah Raisha.”
“Fatihah Raisha juga sayang Aizat Qaiser. Sayang sangat.”
“baiklah budak manja pergi tido. Abang hensem ni nak fikir cara dapatkan anak dara orang dengan restu mak abahnyer. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, abang hemsem jangan tido lambat pulak tau.”
Talian mati....

“Assalamualaikum, uncle.” Farid menyalami tangan bakal bapa mentuanya.
“Waalaikumsalam, Farid. Jemputlah masuk.”
Farid sekadar tersenyum.
“Uncle, Farid ada benda penting nak cakap ni. Uncle, seben..”
Fatihah Raisha keluar ke ruang tamu itu untuk menghidangkan air buat tetamu itu.
‘Farid, asal kau datang rumah aku? Aku tak suka Farid bin Mazlan!”
“Farid, jemput minum. Raisha, sit here.”
“Uncle, Farid nak minta maaf sebelum Farid cakap benda ni.”
“Untuk apa Farid minta maaf. Ish, kamu ni Farid lain saja uncle tengok.”

Thursday, October 27, 2011

Cinta Dalam Hati 9

“Tapi abah, kalau bukan sebab Aizat. Raisha tetap tak nak kahwin dengan Farid. Abah, Farid tu dah ada kekasih hati.”
“Raisha, anak abah yang baik. Raisha, abah minta sangat dengan Raisha. Raisha lupakan budak tadi.”
‘Ya Allah, kenapa abah masih tak dapat terima Aizat? Ya Allah, lembutkanlah hati abah agar abah dapat menerima Aizat.’
Fatihah Raisha berdoa di dalam hati.
Sekadar senyum ‘plastik’ yang di pamerkan oleh Fatihah Raisha.
 “Abah keluar dulu Raisha.”


“Aizat keluarkan suara merdu kau.” Kata Aizar Qaiser pada dirinya sendiri.

ku bertanya pada malam
ku bertanya pada bintang
sedang apa kau duhai sayangku
di sini angin menyampaikan
salammu salam sayang
salam sejuta cinta dan rindu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
pejamkanlah matamu
dan kau tenangkan hatimu
dan kau rasakan aku memelukmu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

“Fatihah Raisha aku merinduimu!”
Tut.. tut.. dia mesej
Bunyi menandakan ada pesanan dari Fatihah Raisha. Telefon segera dicapai.
-Assalamualaikum.. T^T
-Waalaikumsalam.. nape nh?
-baru lepas dnga lgu salam rindu. Rndu awk la.
‘ Aik! Fatihah pasang spy ke dekat rumah aku nih. Kenapa dia baru lepas dengar lagu salam rindu.’
-errk, awk psg spy eh.
-ha?
-awk kte bru ps dga lgu slm rndu. Awk tau x sy bru pas nyani lgu tu. Ha! Kantoi.

“Assalamualaikum, Aizat.”
“Waalaikumsalam, amboi terus call nampak.”
“Saya nak minta awak nyanyi chorus lagu salam rindu tu buat saya boleh?”
“Aduh! Ni yang malu ni.”
“Ala, boleh la.”