^^

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Bermula Disini 1

“Aku sayang kau. Kau jangan risau kita mesti kahwin juga satu hari nanti. Aku belajar dekat mana pun kau tetap dalam hati aku. Hanna, please believe in me.”
Kata-kata itu masih lagi bermain-main di fikiran Hanna. Tutur bicara Aimien 2 tahun dahulu masih tersimpan rapi. Mana mungkin dia melupakan Aimien Zahirill yang telah membuka hatinya itu, 2 tahun dahulu,  Aimien adalah segalanya buat Hanna.  Kini Aimien kian hilang tempat di dalam hati Hanna.


“Kau nak jadi kekasih aku tak? Aku suka kau sejak kita darjah 5.” Ujar Aimien Zahirill.
Hanna agak terkejut dengan ‘lamaran’  Aimien tersebut.
“Who are you?” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Hanna.
“Sorry, aku Aimien Zahirill bin Azhar. Kau nak tak jadi kekasih aku?” sekali lagi soalan yang sama di tanya.
Aimien tidak akan berpuas hati selagi jawapan belum keluar dari mulut milik gadis comel yang bernama Nurul Hanna.
“Aimien, saya terkejut sikit. Boleh bagi masa saya nak fikir tak?”
“Sorry la, aku dah tak dapat nak tahan perasaan suka dekat kau ni. Aku bagi kau masa.”
“Thank you. Saya janji bagi jawapan esok.” Hanna menghadiahkan sekuntum senyuman buat Aimien lalu beredar meninggalkan Aimien.
‘Gila betul la mamat tu, but he so sweet. Just like me, perasan je ko ni Hanna. Aku kena tanya pendapat Nur dengan Yaya ni. Mesti!’


Di dalam kelas 6 A….
“Hanna, kau pergi mana tadi?” Nur menyoal Hanna.
“Nur aku ada benda nak tanya kau ni. Yaya mana?”
“Minah tu macam kau baru kenal. Dia date la dengan ‘abang’ din dia dekat belakang tu. Benda kau nak tanya?” ujar Nur sambil jarinya ditunding ke arah Yaya dan Faeziuddin sedang berbual-bual.
“Tadi ada sweet guy confess dekat aku. Dia tanya aku nak jadi makwe dia tak? Kau rasa aku patut terima ke tak?”
“Wow! Dahsyat betul ni. sapa mamat yang malang tu?” Ujar Yaya dari belakang Hanna.
Nur dan Yaya ketawa lepas melihat muka Hanna yang pucat  akibat disergah Yaya itu.
“Kau ni memang nak aku mati ke?” lantas Hanna mencubit lengan Yaya yang mengambil tempat disebelahnya.
“Sakit la. Aku cerita dekat abang aku baru kau tahu. Aku sayang kau la, aku saja nak gurau dengan kau.”
“Eleh! Setakat Din tu sikit pun aku tak heran. Kau pada la nak gurau pun. Boleh sakit jantung aku yang cantik ni.” Hanna bergurau teman-temannya itu.
“Dah-dah, sekarang aku nak tanya nama apa mamat tu? Yang ni lagi penting dari korang berdua ni.” Nur menyoal Hanna.
“Yaya ni yang mula dulu. Okay kita back to story, nama dia Aimien ape tah. Aku lupa la pulak. Hehe.”
“Kau ni aku sekeh kepala tu baru tahu. Betul-betul la, Aimien apa?”
“Ha! Aku dah ingat Aimien Zahirill. Budak kelas 6 B rasanya. Korang rasa aku kena terima tak? Dia nak jawapan esok jugak.”
“Kalau kau tanya aku, aku mesti la suruh kau terima je. Cinta kau yang ni kau boleh la kau buat pengalaman, tapi kalau kau tanya Nur aku tak tahu la.”
“Ehem! Kau ni Yaya macam nak mengutuk aku je. Belasah kau karang. Hanna, aku tak kisah kau nak terima or not. Aku cuma nak kau bahagia je. Kau terima kalau kau nak buat pengalam macam Yaya yang tingtong ni cakap. Kau jugak tak payah terima kalau kau rasa nak tunggu cinta sejati kau.” Padat dan penuh dengan nasihat bicara Nur.
Hanna sekadar tersenyum.
‘Terima ke tak ni? kalau terima aku kena jaga hati orang, kalau tak terima aku tak ada pengalaman.’


“Hanna, macam mana kau dah buat pilihan ke?”
“Yaya, aku tengah pening ni nak terima ke tak?”
“Kau terima jela. Aku try tanya Din dia cakap budak tu okay.”
“Betul ni. Eh! Kejap kau bagitau Din ke?”
Yaya tersenyum.
‘Yaya ni memang tak boleh simpan rahsia dengan Din betul la. Nyampah!’
“Aku bagitau Din je, bukan orang lain. Ala, Hanna sayang, jangan la menyampah-nyampah dengan mrs.Din yang comel ni.”
Tiba-tiba bahu Hanna di sentuh oleh Aimien.
“Kau meh sini kejap.” Ujar Aimien
Hanna membontoti Aimien ke belakang kelas 6 A.
“Kau dah fikir ke? Aku nak tahu jawapan kau je. Kau nak atau tak?”
‘Alamak, ape nak buat ni?’ 



*maaf agak pendek*

Thursday, August 11, 2011

Takdirnya

“Aku terima nikahnya, Nur Hanna Batrisya binti Nor Hakimi, dengan mas kahwin empat puluh ribu seratus tujuh puluh ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz, Shazren dan Hanna sah menjadi suami isteri. Meski pernikahan ini bukan atas dasar cinta. Shazren redha andai Hanna adalah jodoh yang dikurniakan oleh yang Maha Esa.

                                                ******************************

“Ana, kita telah rasmi menjadi suami isteri. Abang harap Ana boleh terima kekurangan abang.” Ujar Shazren kepada Hanna.
“Erk, a.. ab...abang, Ana akan terima semua kekurangan dan kelebihan abang.”  Merah muka Hanna saat dia ingin menyebut perkataan ‘abang’ itu. Pastinya Hanna malu. Ini adalah pertama kali, Shazren dan Hanna duduk berdua-dua tanpa sesiapa pun.
“Shazren, Hanna. Turun makan.” Mak Limah memanggil Shazren dan Hanna turun makan malam bersama-sama dengan keluarga Shazren dan Hanna.
“Okeh, Mak Limah sayanggggg.” Shazren mengusik Mak Limah.
“ Shaz, jangan lah panggil Mak Limah ‘sayang’, nanti  Hanna jeles pula.” Ujar Mak Limah sambil matanya meleret ke arah  Hanna. Hanna menghadiahkan Mak Limah sekuntum senyuman. Saat ini, hati Shazren berbicara.
 ‘ Cantik senyuman Hanna, aku berjanji senyuman itu takkan hilang sinarnya  pabila dia bersama aku.’
                                                *******************************

Selesai makan malam , Dato’ Sharif meminta semua ahli keluarganya dan ahli keluarga Dato‘ Nor Hakimi berkumpul di perpustakaan mini rumah mereka.
“Assalamualaikum, tujuan saya meminta ahli keluarga saya dan ahli keluarga Dato’ Nor Hakimi adalah untuk mengalu-alukan kehadiran ahli baru dalam keluarga ini. Nur Hanna Batrisya kini telah menjadi sebahagian dari keluarga kami.” Dato’ Sharif memulakan bicara.
“ Papa, berharap Shazren dapat menjadi suami, ketua keluarga dan ayah yang baik.”
“Insyaallah, papa. Shazren akan cuba menjadi yang terbaik buat isteri dan anak-anak Shazren.” Kata Shazren.
Shazren sudah berjanji pada dirinya, Shazren akan membuat isteri dan anak-anaknya bahagia. Lantas Shazren membisikkan janjinya pada Hanna, “ Abang, janji Hanna akan bahagia.”
               
                                                ******************************
“ Sebelum kita nikah, Ana dah bagi surat letak jawatan? Shazren menyoal Hanna.
“ Ana dah bagi dah. Hari ni Ana mula kerja dengan abang la.” Jawab Hanna.
Shazren sangat bahagia berada disamping insan yang bergelar isteri. Tiba-tiba, telefon bimbit Shazren berbunyi. Saat Shazren membaca  pesanan ringkas tersebut, Shazren menyoal diri sendiri.
Apa salah dia pada Suraya Nabilla? Mengapa Suraya Nabilla muncul kembali disaat dia sedang berbahagia. Pelukan Hanna membuat Shazren kembali ke alam nyata.
“ Abang dapat mesej dari makwe lama abang ea?” Soal Hanna menduga Shazren.
“ Bukan makwe la sayang, kawan abang je. Sayang jeles ke kalau betul-betul makwe abang bagi mesej? Shazren menyoal lagi. Shazren ingin melihat sejauh mana kasih Hanna buat dirinya. Shazren tidak sedar bahawa panggilan buat Hanna telah berubah secara tidak di rancang.
Namun Shazren tetap merasa bersalah kerana dia tidak menceritakan perkara yang sebenar kepada Hanna. “Ana tak kisah, kalau abang dah ada makwe. Bagi Ana, seandainya makwe abang boleh membahagiakan abang lebih daripada Ana. Ana rela abang buang Ana dari hidup abang.” Sayu Shazren mendengar jawapan Hanna. Hanna sanggup mengundurkan diri demi melihat Shazren bahagia.
‘Ya Allah, terima kasih kerana kau jadikan Hanna sebahagian dari diri ini.’

                                                ***************************

“Ana, kalau abang nak ajak Ana pergi honeymoon, nak tak?” Soal Shazren.
“Ana tentulah nak.” Jawapan yang keluar dari bibir Hanna menyejukkan hati Shazren.
“Ana nak pergi mana?” soal Shazren lagi.
“Ikut abang la, mana ada abang situ ada Ana.”
“Abang ingat nak bawa Ana pergi Rom.” Ujar Shazren.
“Ana sayang abang.” Ujar Hanna.
“Ana sayang abang ikhlas ke tak ni?” Shazren sengaja ingin menduga Hanna.
“Ikhlas la, mesti abang fikir Ana sayang abang sebab abang nak bawa Ana pergi Rom, betul tak ?” jawap Hanna.
                                                               
                                                                **************************

“ Encik Shazren, tunggu sekejap Sue nak cakap something ni.” Suraya bekas kekasih Shazren memanggil dia disaat Hanna berada di samping Shazren.
“Abang, Cik Suraya panggil tu. Dia mesti ada benda yang penting nak cakap dengan abang. Kalau tidak mesti dia tunggu lunch time habis.” Kata- kata Hanna membuatkan Shazren menjadi serba salah.
“ Cik Suraya, nak cakap apa? If not important, after lunch time Cik suraya cakap dekat bilik saya.” Ujat Shazren.
“Puan Hanna, boleh saya pinjam Encik Shazren sekejap?” Suraya menyoal Hanna, tanpa menghiraukan arahan yang di berikan oleh Shazren. Belum sempat Hanna membuka mulutnya, Shazren memotong. “ sekarang lunch time, I nak lunch dengan wife I. So, we talk later.” Lantas Shazren menarik tangan Hanna agar mereka dapat beredar dari tempat itu dengan segera.

                                                *********************************

“ Cik Suraya, jangan campurkan hal peribadi dengan kerja. One more things..” belum sempat Shazren menghabiskan bicaranya, pintu biliknya dikuak.
“ Abang, kenapa cakap kuat sangat. Dengar sampai luar la.” Kata-kata Hanna membuatkan hati Shazren semakin membara.
“ Dah habis dah. Now, you keluar. I said get out!” teriak Shazren pada Hanna.
“Maafkan saya Encik Shazren. Teruskan perbincangan kalian.” Suara Hanna sedang menahan tangis.
Shazren seolah-olah baru sedar dari tidur panjang, saat Shazren melihat airmata Hanna tumpah buat pertama kalinya. “ Sayang” Shazren memanggil Hanna. Shazren yakin bahawa hati Hanna pasti merasa sakit diatas perbuatan dia.
“Sue, tolong keluar dari bilik saya sekarang.” Ujar Shazren pada Suraya.
Selepas Suraya keluar dari bilik Shazren, Shazren melangkah keluar ke meja isterinya.
“Sayang, abang minta maaf. Abang tak patut marahkan sayang.” Pujuk Shazren.
Namun, pujukan Shazren tidak dilayan oleh Hanna. Khuatir akan keadaan Hanna yang mengendahkan dia, lantas Shazren menggerakkan sedikit tubuh isterinya.
Akhirnya, Shazren mengambil keputusan untuk membiarkan Hanna bertenang dahulu. Tiba-tiba,
Buk.....
Hanna jatuh dari kerusi yang diduduknya. Hanna tidak sedarkan diri.
                                                **********************************
“ doktor,macam mana dengan isteri saya?” Shazren menyoal Dr. Zarul.
“ Tahniah, encik isteri encik mengandung dua minggu.” Ujar Dr. Zarul. Shazren begitu gembira sehingga tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

                                                                **********************************

“ Anna, thanks sebab sayang sanggup mengandungkan anak kita. Abang juga nak minta maaf dengan apa yang dah jadi tadi. Abang tak patut marah sayang. Jakiya, miane.” Ujar Shazren.
Namun, Hanna masih tidak memberikan apa-apa reaksi. Shazren hampa. Suasana di dalam kereta menjadi sunyi.

                                                                                ******************************

‘ maafkn dri ini, abg dh xsnggup nk tg0k mke syg y xde smngt 2..’ Shazren menghantar pesanan ringkas pada Hanna. Hanna membalas pesanan ringkas tersebut, ‘ Hanna xmrhkn abg pown.. xp Anna rse b’slh dgn abg.’
Shazren tidak mengerti mengapa Hanna harus merasa bersalah sedangkan yang bersalah itu adalah dia. Lantas Shazren melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka.
“ Anna, tak patut rasa bersalah dengan abang. Abang yang bersalah.”
Shazren mendongakan sedikit wajah Hanna agar aku dapat melihat wajahnya.
“ Abang sayang Anna.” Ujar Shazren lantas memeluk tubuh genit Hanna.

                                                ******************************************

“ Anna, ade satu permintaan. Boleh tak  abang tunaikan?” Hanna menyoal Shazren.
“Apa sayang?” Shazren menyoal kembali.
“ Nanti bila baby nie dah lahir, kita biasakan baby dengar papa untuk abang, mama untuk Anna. Anna nak baby panggil kita macam tu sampai kita tua. Boleh tak abang?”
“ Papa  tak kisah, kalau mama nak macam tu papa ikut je.” Hanna melentokkan kepalanya di bahu Shazren.
“Mama, boleh tak  papa nak  pegang perut mama?” soal Shazren.
“sure, sayang.” Balas Hanna.
“Anak papa, mesti jadi anak yang baik. Nanti bila dah besar jaga mama. Sayang baby.” Ujar Shazren.
                                ******************************************************

26.Ogos, adalah hati yang Shazren nantikan selama ini. Hanna selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.5kg buat Shazren.
Bayi itu dinamakan oleh Shazren dengan nama Nur Naqiuddin Luqman bin Muhammad Shazren Luqman.
‘Terima kasih tak terhingga ya Allah.’
Saat Shazren menatap wajah comel Naqiuddin hatinya tenang, tidak seperti tadi hatinya resah gelisah memikirkan keadaan Hanna.
Selesai mengazankan Naqiuddin bayi yang comel itu, Shazren melangkah ke wad yang menempatkan isteri kesayangannya Hanna.
Shazren menatap wajah Hanna, Shazren akui bahawa kasih sayang dia terhadap Hanna tidak akan pernah hilang lebih-lebih lagi dengan kehadiran si comel.

                                                                ************************************

Begitu pantas masa berlalu. Kini, Naqiuddin sudah berusia 4 tahun. Minggu hadapan adalah ulangtahun kelahiran Naqiuddin yang ke empat.
“Sayang, next week birthday Naqiuddin. So, kita nak bawa dia pergi mana?” Shazren menyoal Hanna.
“Kita bawa dia pergi Korean Plaza nak tak?” Hanna menyoal kembali.
“ Ikut suka sayang la, abang ikut je.” Shazren menjawab.
“ Kita pergi Korean Plaza, nanti tengok movie tau.” Ujar Hanna.
“ Baik sayang.” Shazren berbicara.

                                ************************************************

“papa, kita nak pergi mana ni?” Naqiuddin menyoal.
“Sayang, tanya mama.” Ujar Shazren.
“Mama, kita nak pergi mana?” Naqiuddin menyoal Hanna pula.
“Kita pergi Korean Plaza. Hari ni mama nak luangkan masa dengan sayang. Nanti bila mama dah tak ada, sayang ada la kenangan dekat Korean Plaza dengan mama.” Berubah wajah Shazren dan Naqiuddin apabila Hanna berbicara sedemikian.
“Apa sayang mengarut ni!” Shazren tidak suka bila Hanna cakap begitu. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Hanna. Naqiuddin cuba menceriakan kembali suasana.
“Mama, nanti kita main ski tau.” Ujar Naqiuddin pada Hanna.
“Okeh, tapi papa kita tinggal dalam kereta je. Boleh tak papa?” Hanna mengusik Shazren.
“ Papa, tau siapa la papa ni.”
“ Mama, papa merajuk la. Mama jom kita cium papa.” Ujar Naqiuddin.
“ Jom.” Sokong Hanna.
One..Two.. Three.. muahhhh.” Kedua-dua belah pipi Shazren dikucup oleh Hanna dan Naqiuddin.

                                                *************************************

“bestkan papa,mama!” ujar Naqiuddin pada Shazren dan Hanna.
“Memang best pon. Papa best bila tengok sayang happy je tadi.”
Hujan rintik-rintik ketika Shazren,Hanna dan Naqiuddin keluar dari Korean Plaza.
“Sayang, tunggu dengan mama. Papa nak pergi ambil kereta kejap.”
15 minit berlalu....
“Mama, tu papa dah sampai.” Teriak Naqiuddin pada Hanna.
Miane, papa tak ingat dekat mana papa letak kereta tadi.” Ujar Shazren sebaik sahaja Naqiuddin dan Hanna masuk ke dalam perut kereta BMWnya.
gwaenchannayo” Ujar Naqiuddin.
“Apa la abang ni. Kereta pon boleh lupa.” Ujar Hanna.
“ Abang lupa sebab asyik ingatkan sayang la.” Bisik Shazren pada Hanna.
Hanna mencubit manja lengan Shazren.

                                                **********************************

“Sayang, tidur dengan mama malam ni nak tak?” Hanna menyoal Naqiuddin.
“Abang nak.” Dengan manja Naqiuddin menjawab.
“ Abang, nanti kalau mama dah meninggal. Abang, jaga diri baik-baik, dengar cakap papa.” Ujar Hanna ketika dia dan Naqiuddin sedang beriringan menuju ke bilik tidur utama.
“Kenapa mama cakap macam ni?” Soal Naqiuddin pula.
“Mama sayang abang. Mama sayang papa.” Ujar Hanna lantas dia mengucup pipi Naqiuddin dengan penuh kasih.

                                                                ***************************

“Mama..” teriak Naqiuddin disaat dia melihat mamanya jatuh dari tangga ditolak oleh seorang wanita.
Hati Shazren merasa tidak enak. Shazren merasa sesuatu telah terjadi pada keluarganya. Shazren mendail nombor Hanna.
Belum sempat Shazren memberi salam, “ Papa, cepat datang dekat nursery. Mama..” talian terputus.
Khuatir dengan keadaan Hanna, dengan segera Shazren naik semula ke bangunan pejabatnya dan dia terus ke tingkat nursery Naqiuddin. Apabila Naqiuddin melihat wajah Shazren, dia berlari lantas memeluk Shazren.
“Sayang, buka pintu kereta. Papa nak bawa mama pergi hospital.” Ujar Shazren pada anak kesayangannya. Tanpa sebarang bantahan Naqiuddin menurut arahan Shazren. Mungkin Naqiuddin mengerti apa yang sedang berlaku pada keluarganya.
Menurut Doktor Halim, kepala Hanna terhentak dan Hanna perlu dibedah kerana Doktor Halim khuatir jika otak Hanna di jangkiti kuman. Shazren tidak henti-henti berdoa sepanjang Hanna didalam bilik bedah.
‘Ya Allah, selamatkanlah isteriku.’
Takdir yang Maha Kuasa tidak menyebelahi Shazren. “Maaf encik, isteri encik telah pergi buat selama-lamanya.”
Shazren merasa dunianya gelap-gulita. Namun, demi membesarkan satu-satunya harta yang tidak ternilai pemberian Illahi yang pernah dikandung isteri tercinta, Shazren akur dia harus kuat demi Naqiuddin.

                                                                *****************************
“Papa, kenapa atok,nenek,opah denagn tok ayah datang sini?” soal Naqiuddin.
“Atok,nenek,opah dengan tok ayah datang sebab nak tengok mama buat terakhir kali.” Ujar Shazren.
“Kenapa terakhir pulak? Papa ni pandai buat lawak la.”ujar Naqiuddin lantas ketawa.
Airmata Shazren tidak dapat dia tahan lagi. Shazren pusing memikirkan cara untuk memberi tahu Naqiuddin bahawa Hanna telah pergi bertemu Illahi.
“ Kenapa papa nangis ni? Abang Cuma cakap papa lawak la. Papa.” Ujar Naqiuddin seolah-olah Shazren anak kecil yang sedang merajuk tidak dibelikan gula-gula.
“Sayang, mama dah tak ada. Mama dah meninggal dunia. Mama dah tinggalkan kita.” Jelas Shazren pada Naqiuddin. Naqiuddin tidak percaya dengan kata-kata Shazren.

                                                ****************************************

“Papa, Naqiuddin nak tanya, kenapa kita tinggal mama dalam tanah. Macam mana mama nak nafas?” soal Naqiuddin. Shazren terkedu saat mendengar soalan Naqiuddin itu.
“Abang, mama dah tak ada. Mama dah tinggalkan kita. Mama dah tak boleh hidup macam kita yang dekat dunia ni. Mama ada dekat tempat lain.” Lalu pipi Naqiuddin dikucup Shazren.
“Mama dah tak ada,tak ada.mama mati ke?” Naqiuddin menyoal kembali.
Airmata Shazren mengalir sekali lagi. Kini Naqiuddin mengerti bahawa mamanya sudah tiada lagi. Lantas Naqiuddin memeluk Shazren seeratnya.
“Papa, abang sayang papa dengan mama.” Naqiuddin menangis sehinggakan dia tertidur di dalam dakapan Shazren.

                                                                *********************************

“Papa,abang dah sekolah darjah satukan tahun depan?” soal Naqiuddin.
“Yes, sayang.” Balas Shazren.
“Abang, tak suka la nak sekolah besar. Nanti mesti Iqram sekolah sama abang. Abang tak nak sekolah sini. Abang nak sekolah lain.” Ujar Naqiuddin.
“Kenapa abang tak nak sekolah sini? Iqram baik dengan abangkan.”
“Papa, abang ada secret. Tapi papa janji tak marah abang.” Naqiuddin berbisik walaupun di dalam rumah itu cuma mereka berdua yang ada.
“Papa janji.” Ujar Shazren.
“Iqram, suka cakap dekat kawan-kawan abang yang abang ni anak yatim. Iqram cakap abang tak ada mama. Iqram cakap mama mati awal sebab mama jahat. Papa, mama tak jahatkan?” Shazren terkejut apabila mendengar ‘rahsia’ Naqiuddin itu. Shazren memeluk tubuh montel Naqiuddin yang sudah teresak-esak menangis. “Sayang papa, anak yang baikkan. Abang buat tak tahu je apa yang Iqram cakap. Abang, tahukan mama tak jahat. Kalau mama jahat dah lama abang tak hidup. Sayang, papa jangan nangis lagi. Abang pernah cakap dekat papa kalau kita  nagis sebab ingat mama yang dah meninggal dunia, nanti mama terseksa.” Pujuk Shazren.
“Papa, kita sayang mama sampai bila-bilakan?” Shazren mengiyakan soalan Naqiuddin itu.

                                *****************************************

“Iqram,papa aku cakap mama aku tak jahat.” Ujar Naqiuddin sebaik sahaja dia ternampak Iqram.
“Papa kau tipu la tu. Mak cik Sue aku cakap mama kau jahat. Naqiuddin aku tak nak la kawan dengan kau,kau pembohong jahat macam mama kau.” Ujar Iqram.
Tiba masa untuk pulang...
“Naqiuddin mak cik aku cakap papa kau busy sekarang, kau balik dengan aku je la.” Tanpa berfikir panjang  Naqiuddin bersetuju. Belum sempat Naqiuddin melangkah pergi, Shazren memanggil namanya.
“Papa.” Jerit Naqiuddin.
“Sayang nak pergi mana?” Shazren menyoal.
“Mak cik Iqram cakap papa busy.” Jelas Naqiuddin.
“Sapa mak cik Iqram? Mana mak cik Iqram tu?” Bertubi- tubi soalan Shazren ajukan pada Naqiuddin.
Naqiuddin sekadar menunding jari ke arah seorang wanita yang bersama Iqram.
“Suraya.” Jelas kedengaran suara Shazren.
“Papa, mak cik tu la yang tolak mama.” Bisik Naqiuddin.
“Betul, sayang?” Shazren inginkan kepastian.
“Betul papa, abang inagt muka mak cik tu.”

                                                ****************************************

“Sue, tunggu kejap.” Laung Shazren pada Suraya.
“Shazren.”
“Yes, I am. I ada benda nak cakap dengan you.” Ujar Shazren.
“What?” Suraya menyoal kembali.
“Kenapa you buat family I macam ni? Apa salah i dengan you?” shazren menyoal Suraya kembali.
“You tak salah. Yang salah betina tu. You sayang I tapi you terpaksa kahwin denag betina tu. Betina tu memang tak guna. Sebab dia juga la anak dalam kandungan I ni tak dapat ayah sebaik you. Betina tu ja..” Pipi Suraya ditampar Shazren. Hati Shazren tidak dapat menahan lagi untuk mendengar penghinaan Suraya terhadap arwah isterinya.
“jangan pernah lagi cuba menghina Hanna. I kahwin dengan Hanna sebab I terlalu cintakan dia. I bersyukur sangat sebab I ditakdirkan untuk menjadi seorang suami kepada wanita yang baik budi pekerti,bukan macam you. You tengok la sendiri diri you, you still tak kahwin lagi tapi you dah mengandung. I nak you lupakan I buat selama-lamanya. You juga jangan pernah  you ganggu anak I.” Shazren memberi peringatan pada Suraya.

                                                *****************************

“Papa, aunty tadi tu sapa?” Naqiuddin menyoal Shazren.
“Tadi tu kawan papa.”jelas Shazren.
“Sebenarnya tu kekasih papa dulu.” Shazren ingin berterus-terang dengan Naqiuddin.
“Kekasih papa?” Naqiuddin seolah-olah tidak percaya bahawa wanita ‘jahat’ itu pernah disayangi papanya.
“Meh duduk sini. Biar papa cerita semuanya dekat abang.” Ujar Shazren.
Naqiuddin teruja apabila Shazren ingin bercerita.
“Dulu papa bercinta dengan aunty tu, tapi dia tipu papa. Dia bercinta dengan orang lain. Papa sakit hati sangat jadi papa balik rumah tok ayah dengan opah. Opah tanya papa kenapa papa muram. Papa cerita semua benda dekat opah. Opah tanya dekat papa, betul ke papa nak kahwin. Papa jawab ya. Malam tu, opah suruh papa tidur awal. Esoknya, opah, tok ayah dengan papa pergi rumah atok dengan nenek. Opah suruh papa tengok mama dulu, kalau papa suka nanti opah nak merisik. Lepas papa tengok mama, hati papa rasa tenang sangat. Papa pun bertunang la dengan mama. Sepanjang papa dengan mama bertunang papa tak pernah jumpa mama. Sampai la, hari mama dengan papa nikah. Papa ingat lagi masa mama cium tangan papa, tangan mama sejuk sangat. Bila mama dengan papa baru kahwin, aunty Sue muncul balik. Dia buat macam-macam supaya papa dengan mama berpisah. Papa cuba sedaya upaya jaga hubungan mama dengan papa. Papa sayang sangat mama.” Saat Shazren menyebut dia sayangkan arwah Hanna airmatanya mengalir. Naqiuddin memeluk Shazren. “Abang pun sayang mama sangat.”

                                                ******************************

SEORANG WANITA MATI DIPERCAYAI MEMBUNUH DIRI
Kuala Lumpur : seorang wanita dijumpai terbaring dengan berlumurah darah di kediamannya. Nur Suraya Nabilla Bahar, 29, dipercayai membunuh diri.

Shazren terkejut saat dia membaca berita itu dan melihat gambar Suraya yang terpampang di muka hadapan surat khabar itu. Shazren merasa bersalah kerana dia mengendahkan pesanan ringkas Suraya semalam.

                                                ***************************************

“Muhammad Shazren Luqman tercipta untuk Nur Hanna Batrisya. Nur Naqiuddin Luqman penyeri hidup Shazren dan Hanna. Papa sayang abang. Hari ni birthday mamayang ke 28. Walaupun mama dah tak ada. Kita akan selalu ingat 17. April. Jom kita hadiahkan mama Surah Yassin dan kita doakan mama bahagia di sana.” Ujar Shazren bersama linangan airmata.
“Mama adalah yang terbaik buat abang dan papa. Mama pergi masa abang kecil tapi abang masih sayangkan mama! Terima kasih mama kerana lahirkan abang, jaga dan didik abang selama empat tahun. Abang dan papa terlalu rindukan mama. Salam rindu buat mama, Nur Hanna Batrisya.”

                                                ***************************************


*cerita nh mmg bnyk kekurangan. T^T
Saya budak baru belajar!