^^

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Bermula Disini 1

“Aku sayang kau. Kau jangan risau kita mesti kahwin juga satu hari nanti. Aku belajar dekat mana pun kau tetap dalam hati aku. Hanna, please believe in me.”
Kata-kata itu masih lagi bermain-main di fikiran Hanna. Tutur bicara Aimien 2 tahun dahulu masih tersimpan rapi. Mana mungkin dia melupakan Aimien Zahirill yang telah membuka hatinya itu, 2 tahun dahulu,  Aimien adalah segalanya buat Hanna.  Kini Aimien kian hilang tempat di dalam hati Hanna.


“Kau nak jadi kekasih aku tak? Aku suka kau sejak kita darjah 5.” Ujar Aimien Zahirill.
Hanna agak terkejut dengan ‘lamaran’  Aimien tersebut.
“Who are you?” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Hanna.
“Sorry, aku Aimien Zahirill bin Azhar. Kau nak tak jadi kekasih aku?” sekali lagi soalan yang sama di tanya.
Aimien tidak akan berpuas hati selagi jawapan belum keluar dari mulut milik gadis comel yang bernama Nurul Hanna.
“Aimien, saya terkejut sikit. Boleh bagi masa saya nak fikir tak?”
“Sorry la, aku dah tak dapat nak tahan perasaan suka dekat kau ni. Aku bagi kau masa.”
“Thank you. Saya janji bagi jawapan esok.” Hanna menghadiahkan sekuntum senyuman buat Aimien lalu beredar meninggalkan Aimien.
‘Gila betul la mamat tu, but he so sweet. Just like me, perasan je ko ni Hanna. Aku kena tanya pendapat Nur dengan Yaya ni. Mesti!’


Di dalam kelas 6 A….
“Hanna, kau pergi mana tadi?” Nur menyoal Hanna.
“Nur aku ada benda nak tanya kau ni. Yaya mana?”
“Minah tu macam kau baru kenal. Dia date la dengan ‘abang’ din dia dekat belakang tu. Benda kau nak tanya?” ujar Nur sambil jarinya ditunding ke arah Yaya dan Faeziuddin sedang berbual-bual.
“Tadi ada sweet guy confess dekat aku. Dia tanya aku nak jadi makwe dia tak? Kau rasa aku patut terima ke tak?”
“Wow! Dahsyat betul ni. sapa mamat yang malang tu?” Ujar Yaya dari belakang Hanna.
Nur dan Yaya ketawa lepas melihat muka Hanna yang pucat  akibat disergah Yaya itu.
“Kau ni memang nak aku mati ke?” lantas Hanna mencubit lengan Yaya yang mengambil tempat disebelahnya.
“Sakit la. Aku cerita dekat abang aku baru kau tahu. Aku sayang kau la, aku saja nak gurau dengan kau.”
“Eleh! Setakat Din tu sikit pun aku tak heran. Kau pada la nak gurau pun. Boleh sakit jantung aku yang cantik ni.” Hanna bergurau teman-temannya itu.
“Dah-dah, sekarang aku nak tanya nama apa mamat tu? Yang ni lagi penting dari korang berdua ni.” Nur menyoal Hanna.
“Yaya ni yang mula dulu. Okay kita back to story, nama dia Aimien ape tah. Aku lupa la pulak. Hehe.”
“Kau ni aku sekeh kepala tu baru tahu. Betul-betul la, Aimien apa?”
“Ha! Aku dah ingat Aimien Zahirill. Budak kelas 6 B rasanya. Korang rasa aku kena terima tak? Dia nak jawapan esok jugak.”
“Kalau kau tanya aku, aku mesti la suruh kau terima je. Cinta kau yang ni kau boleh la kau buat pengalaman, tapi kalau kau tanya Nur aku tak tahu la.”
“Ehem! Kau ni Yaya macam nak mengutuk aku je. Belasah kau karang. Hanna, aku tak kisah kau nak terima or not. Aku cuma nak kau bahagia je. Kau terima kalau kau nak buat pengalam macam Yaya yang tingtong ni cakap. Kau jugak tak payah terima kalau kau rasa nak tunggu cinta sejati kau.” Padat dan penuh dengan nasihat bicara Nur.
Hanna sekadar tersenyum.
‘Terima ke tak ni? kalau terima aku kena jaga hati orang, kalau tak terima aku tak ada pengalaman.’


“Hanna, macam mana kau dah buat pilihan ke?”
“Yaya, aku tengah pening ni nak terima ke tak?”
“Kau terima jela. Aku try tanya Din dia cakap budak tu okay.”
“Betul ni. Eh! Kejap kau bagitau Din ke?”
Yaya tersenyum.
‘Yaya ni memang tak boleh simpan rahsia dengan Din betul la. Nyampah!’
“Aku bagitau Din je, bukan orang lain. Ala, Hanna sayang, jangan la menyampah-nyampah dengan mrs.Din yang comel ni.”
Tiba-tiba bahu Hanna di sentuh oleh Aimien.
“Kau meh sini kejap.” Ujar Aimien
Hanna membontoti Aimien ke belakang kelas 6 A.
“Kau dah fikir ke? Aku nak tahu jawapan kau je. Kau nak atau tak?”
‘Alamak, ape nak buat ni?’ 



*maaf agak pendek*

No comments:

Post a Comment