^^

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Cinta Dalam Hati 9

“Tapi abah, kalau bukan sebab Aizat. Raisha tetap tak nak kahwin dengan Farid. Abah, Farid tu dah ada kekasih hati.”
“Raisha, anak abah yang baik. Raisha, abah minta sangat dengan Raisha. Raisha lupakan budak tadi.”
‘Ya Allah, kenapa abah masih tak dapat terima Aizat? Ya Allah, lembutkanlah hati abah agar abah dapat menerima Aizat.’
Fatihah Raisha berdoa di dalam hati.
Sekadar senyum ‘plastik’ yang di pamerkan oleh Fatihah Raisha.
 “Abah keluar dulu Raisha.”


“Aizat keluarkan suara merdu kau.” Kata Aizar Qaiser pada dirinya sendiri.

ku bertanya pada malam
ku bertanya pada bintang
sedang apa kau duhai sayangku
di sini angin menyampaikan
salammu salam sayang
salam sejuta cinta dan rindu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
pejamkanlah matamu
dan kau tenangkan hatimu
dan kau rasakan aku memelukmu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

“Fatihah Raisha aku merinduimu!”
Tut.. tut.. dia mesej
Bunyi menandakan ada pesanan dari Fatihah Raisha. Telefon segera dicapai.
-Assalamualaikum.. T^T
-Waalaikumsalam.. nape nh?
-baru lepas dnga lgu salam rindu. Rndu awk la.
‘ Aik! Fatihah pasang spy ke dekat rumah aku nih. Kenapa dia baru lepas dengar lagu salam rindu.’
-errk, awk psg spy eh.
-ha?
-awk kte bru ps dga lgu slm rndu. Awk tau x sy bru pas nyani lgu tu. Ha! Kantoi.

“Assalamualaikum, Aizat.”
“Waalaikumsalam, amboi terus call nampak.”
“Saya nak minta awak nyanyi chorus lagu salam rindu tu buat saya boleh?”
“Aduh! Ni yang malu ni.”
“Ala, boleh la.”

Cinta Dalam Hati 8

“Awak, tunggu saya. Saya nak kita berdua bersatu.”
“Awak! Aizat Qaiser. Hello..”

Fatihah Raisha yang khuatir akan Aizat Qaiser segera menghubungi  Khayla.
“Assalamualaikum, Khayla. Ini aku Fatihah.”
“Waalaikumsalam, ye Fatihah kenapa kau telefon aku dekat pukul 11 malam ni?”
“Khayla, aku minta maaf sangat, tapi aku kena tahu kenapa dengan Aizat. Tadi dia call aku, dia cakap awak tunggu saya. Saya nak kita berdua bersatu.”
“Mungkin dia baru lepas dengar lagu yang tengah hit tu kot. Dia copy paste je la tu. Kau tak payah risau la. Dia lelaki pandai la.”
“Ish, kau ni main je. Aku serius ni.”
“Tak payah risau sangat.”
“Okeh la Khayla, sorry ganggu kau dengan baby nak tidur.”
“Tak apa la sayang oi.”


“Pak cik bukan apa nak. Pak cik nak yang terbaik untuk anak pak cik sahaja.”
“Maaf pak cik, tapi saya rasa anak pak cik tak akan bahagia kalau dia dengan Farid. Saya bukan nak memburukkan orang pak cik tapi saya kenal dia macam mana.”
“Nak, kamu balik la dulu. Pak cik susah nak percaya kata kata kamu.”


Fatihah Raisha seakan tidak percaya Aizat Qaiser datang ke rumahnya secara mengejut tanpa sepengetahuannya. Rindu Fatihah Raisha pada Aizat Qaiser terubat.
Fatihah Raisha tersentak!
“Raisha, Abah nak masuk ni.”
“Masuk lah abah. Pintu tak kunci pun.”
“Raisha, tadi tu ke sebabnya Raisha tak nak dengan anak Dato Mazlan.”
Fatihah Raisha sekadar menganggukkan kepalanya. 

ombak rindu


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

SOURCE : 
http://www.enciknakal.com

Tuesday, October 18, 2011

'Berdua Bersatu' - Forteen


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Friday, October 7, 2011

Cinta Dalam Hati 7

“Waalaikumsalam.”
Fatihah raisha menangis lagi.
Jika Ia akan berakhir seperti ini,
Jika ia benar benar berakhir,
Saya ingin kembali ke saat kita tidak mengenali satu sama lain,
Tapi ini sudah lambat.

Rumah Dato’ Mazlan..
“Papa nak tanya Farid ni.”
“Yes, papa.”
“kamu betul nak kahwin dengan Fatihah Raisha tu ke?”
“Kenapa papa tanya tiba tiba ni?”
“Ish, kamu ni farid cuba papa tanya jangan tanya soalan balik.”
“Ala, papa nit u pun nak marah. Farid tak la nak sangat dengan Fatihah raisha tu. Farid Cuma..”
“Apa kamu mengarut ni Farid? Kamu jangan nak malukan papa.”
“Farid tak malukan papa, tapi papa sendiri yang malukan diri papa. Papa yang paksa Farid setuju nak kahwin dengan perempuan tu. Papa tahukan yang Farid sayangkan Wahida. Papa yang buat keputusan sendiri. Papa buat Farid makin benci dengan keluarga Fatihah raisha.”
Pang!
“Farid benci papa. Farid dah tak boleh sabar dengan papa lagi. Goodbye.”

‘Kenapa abah Fatihah nak satukan Fatihah dengan Farid tu? Aku kena buat sesuatu ni.’
“Assalamualaikum, Khayla.”
“Waalaikumsalam.”
“Khayla sorry ganggu. Aku nak tanya alamat rumah Fatihah je ni.”
“Kau nak buat apa?”
“Aku tak boleh cerita sekarang. Nanti aku story lain hari.”

“okay. Ni alamatnya......”

Saturday, October 1, 2011

Cinta Dalam Hati 6

Di rumah Fatihah Raisha..
“Abah, dah bincang dengan keluarga Farid. Abah tak kira hujng tahun ni kamu kahwin dengan Farid.”
“Abah, Raisha tak faham kenapa abah buat keputusan tanpa bincang dengan Raisha? Ini tentang hidup Raisha. Abah tolong la fahamkan kemahuan Raisha.”
“Raisha, kamu tu sahaja anak abah. Selama 29 tahun abah dengan umi ikut kemahuan kamu. Abah mnta tolong kamu kali ni sahaja.”
“Raisha, Farid tu budak..”
Fatihah Raisha memotong percakapan bapanya.
“Dia tak baik abah.”
“Fatihah Raisha”
Fatihah Raisha di tengking oleh bapanya.

“Assalamualaikum, awak.”
Aizat Qaiser sekadar mendengar tangisan Fatihah Raisha di talian. Tiada kata yang mampu dia luahkan.
Setelah Fatihah Raisha sedikit tenang, Aizat Qaiser memulakan bicara.
“Kenapa ni?”
“Abah tetap juga nak satukan saya dengan Farid tu. Saya tak nak awak. Saya sayang awak.”
Tekak Aizat Qaiser terasa kelat.
“Saya sayang awak juga. awak kita sama-sama berdoa supaya hati abah awak terbuka untuk terima saya.”
“saya tak tahan la. Saya nak awak je. Saya taknak Farid Dato’ Mazlan si playboy tu. Siapa yang faham dengan kemahuan saya ni?”
“Saya pun takanak awak kahwin dengan Farid tu. Saya nak awak jadi milik saya. Saya juga tak nak awak melawan abah awak sebab saya. Dosa awak, itu dosa.”
“Saya tahu berdosa, tapi saya memang tak terima cara abah dengan umi yang tak Tanya saya dulu. Abah dengan umi main setuju je bila keluarga Farid tu datang merisik.”
“Awak sekarang kita Cuma boleh tunggu apa yang bakal jadi. Awak mungkin akan anggap saya lelaki yang cepat berputus asa. Saya akan usahakan juga selain berserah kepada takdir. Sayang awak Fatihah Raisha. Assalamualaikum.”