^^

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Cinta Dalam Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Dalam Hati. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Cinta Dalam Hati [End]

Jengjengjeng...

“Tahniah, aku sangat sangat nak tengok kawan aku yang cantik dan tak hemsem ni bahagia sampai akhir hayat.”
“Khayla terima kasih sangat. Aku sayang kau.”
“Sayang kau juga, Fatihah Raisha.”
“Kau tak yah masuk rumah mertua aku.”
“Oi, asal pulak aku tak boleh masuk rumah abah Fatihah ni?”
“Sebabnye kau kata aku tak hensem. Laki dengan anak-anak kau boleh masuk.”
“Fatihah, kau tengok laki kau yang baru nikah dua hari ni. Nyampah aku.”
“Habib..”
“Yup, sayang. Yela habib bagi dia masuk.”
“Dah macam habib jewel dah aku dengar kau panggil Aizat ni.”
“Khayla!”
“Woi, bini aku tu. Pada la kau nak tampar pon.”
“Oh! My hero. Love you la Hincik Aiman.” Khayla mengucup pipi Aiman dihadapan anak-anaknya dan pasangan pengantin itu.”

Majlis yang serba serdahana itu berjalan dengan lancar.

“Aizat, abah nak kamu jaga puteri abah ni baik-baik. Fatihah Raisha kamu mesti dengar cakap suami kamu ni. Jangan malas masak untuk suami kamu ni.”
“Abah ni. Malu la Raisha. Habib jangan la gelakkan sayang. “ Fatihah Raisha kelihatan merah sekali mukanya.
“Dah la Raisha. Kamu berdua pergi la rehat. Abah dengan mak pun nak masuk tidur ni.”
Aizat Qaiser dan Fatihah Raisha menyalami tangan abah dan mak. Mereka masih lagi berada di ruang tamu itu.
“Thanks sangat sayang sebab sayang sabar sampailah hati abah dengan mak sayang sudi terima habib ni. Love you so much.”
“Love you too. Habib pun thanks sangat-sangat Habiblah hero hati sayang.”
“Mencintaimu sempurnakan aku.”

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang bukanlah anugerah atau hadiah semata. Hargailah cinta selagi cinta boleh mengajar kita erti berkasih sayang. 

Cinta Dalam Hati 11

“Uncle, Farid tak dapat jadikan Fatihah Raisha sebagai teman hidup Farid. Farid dah ada Wahida. Uncle, Farid dah cakap dekat papa yang Farid tak nak kahwin dengan Fatihah Raisha tapi papa buat tak tahu. Farid fikir biarlah Farid terus terang dengan uncle dan Raisha. Farid minta maaf sangat.”
‘Ya Allah, ini kenyataankah?’
“Farid, uncle faham. Uncle doakan Farid bahagia dengan pilihan Farid.”
“Thank you so much uncle. Fatihah Raisha, saya bukan benci awak. Hmm, saya cuma tak dapat cintakan awak seperti Aizat Qaiser cintakan awak.”
“Farid kenal Aizat?”
“Kenal uncle, dia baik dan yang Farid tahu dia sangat mencintai puteri uncle ni. Uncle, Farid balik dulu. Maafkan Farid.”
“Tak apalah Farid, dah bukan nak jadi rezeki uncle untuk kamu jadi menantu uncle. Balik ni kamu kirim salam dekat papa kamu.”


‘Mungkin sudah takdir anak aku bukan untuk anak Mazlan tu. Aku nak buat macam mana ni lagi 3 hari majlis akad nikah. Ya Allah, bantu lah hambaMu ini.’
“Raisha, abah nak telefon kamu sekejap. Abah pinjam.” Tegas sekali suara abah Fatihah Raisha.
“Assalamualaikum, Fatihah kenapa call saya ni?”
“Waalaikumsalam, ni abah Fatihah bukan Fatihah. Dia tak tahu yang pakcik telefon kamu. Pakcik nak kamu datang rumah pakcik sekarang. Tapi kamu jangan bagi tahu Fatihah. Assalamualaikum.”

“Wah, abah Fatihah Raisha sayangku nak jumpa. Terima kasih Ya Allah.”

Tepat jam 9 malam, Aizat Qaiser sudah ada dihadapan pintu pagar rumah Fatihah Raisha.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Aizat masuklah.”
Aizat Qaiser menyalami tangan lelaki itu. Hatinya berdebar sekali.
“Aizat, kamu duduklah dulu di sini. Pakcik nak masuk panggil mak Raisha sekejap.”
Aizat Qaiser sekadar menganggukkan kepalanya.
‘Aizat, mesej Fatihah ke tak ni? Ish, aku dah janji dengan abah dia. Janganlah Aizat. Nanti abah dia cancel aku nak buat menantu sebabnya tak pegang pada janji. Tidak sama sekali.’
“Awak!”
‘Gulp! Fatihah Raisha nampak aku. Tidak punah harapan aku nak jadi menantu. Mama maafkan Aizat.’
“Aizat, Raisha duduklah. Abah ada benda penting nak bincang dengan kamu berdua ni.”
“Raisha, mak dengan abah dah fikir nak..”

Cinta Dalam Hati 10

“Okeh. Kalau tak sedap jangan gelak tau.”
“Cepat la.”
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

Kedengaran tangisan Fatihah Raisha di hujung talian.
Suasana sunyi seketika. Aizat Qaiser sekadar membiarkan Fatihah Raisha menangis. Bukan tidak mahu memujuk, akan tetapi biar lah Fatihah Raisha luahkan segalanya.
“Awak, sedap. Saya suka sangat.”
“Sayang awak Fatihah Raisha.”
“Fatihah Raisha juga sayang Aizat Qaiser. Sayang sangat.”
“baiklah budak manja pergi tido. Abang hensem ni nak fikir cara dapatkan anak dara orang dengan restu mak abahnyer. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, abang hemsem jangan tido lambat pulak tau.”
Talian mati....

“Assalamualaikum, uncle.” Farid menyalami tangan bakal bapa mentuanya.
“Waalaikumsalam, Farid. Jemputlah masuk.”
Farid sekadar tersenyum.
“Uncle, Farid ada benda penting nak cakap ni. Uncle, seben..”
Fatihah Raisha keluar ke ruang tamu itu untuk menghidangkan air buat tetamu itu.
‘Farid, asal kau datang rumah aku? Aku tak suka Farid bin Mazlan!”
“Farid, jemput minum. Raisha, sit here.”
“Uncle, Farid nak minta maaf sebelum Farid cakap benda ni.”
“Untuk apa Farid minta maaf. Ish, kamu ni Farid lain saja uncle tengok.”

Thursday, October 27, 2011

Cinta Dalam Hati 9

“Tapi abah, kalau bukan sebab Aizat. Raisha tetap tak nak kahwin dengan Farid. Abah, Farid tu dah ada kekasih hati.”
“Raisha, anak abah yang baik. Raisha, abah minta sangat dengan Raisha. Raisha lupakan budak tadi.”
‘Ya Allah, kenapa abah masih tak dapat terima Aizat? Ya Allah, lembutkanlah hati abah agar abah dapat menerima Aizat.’
Fatihah Raisha berdoa di dalam hati.
Sekadar senyum ‘plastik’ yang di pamerkan oleh Fatihah Raisha.
 “Abah keluar dulu Raisha.”


“Aizat keluarkan suara merdu kau.” Kata Aizar Qaiser pada dirinya sendiri.

ku bertanya pada malam
ku bertanya pada bintang
sedang apa kau duhai sayangku
di sini angin menyampaikan
salammu salam sayang
salam sejuta cinta dan rindu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
pejamkanlah matamu
dan kau tenangkan hatimu
dan kau rasakan aku memelukmu
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

“Fatihah Raisha aku merinduimu!”
Tut.. tut.. dia mesej
Bunyi menandakan ada pesanan dari Fatihah Raisha. Telefon segera dicapai.
-Assalamualaikum.. T^T
-Waalaikumsalam.. nape nh?
-baru lepas dnga lgu salam rindu. Rndu awk la.
‘ Aik! Fatihah pasang spy ke dekat rumah aku nih. Kenapa dia baru lepas dengar lagu salam rindu.’
-errk, awk psg spy eh.
-ha?
-awk kte bru ps dga lgu slm rndu. Awk tau x sy bru pas nyani lgu tu. Ha! Kantoi.

“Assalamualaikum, Aizat.”
“Waalaikumsalam, amboi terus call nampak.”
“Saya nak minta awak nyanyi chorus lagu salam rindu tu buat saya boleh?”
“Aduh! Ni yang malu ni.”
“Ala, boleh la.”

Cinta Dalam Hati 8

“Awak, tunggu saya. Saya nak kita berdua bersatu.”
“Awak! Aizat Qaiser. Hello..”

Fatihah Raisha yang khuatir akan Aizat Qaiser segera menghubungi  Khayla.
“Assalamualaikum, Khayla. Ini aku Fatihah.”
“Waalaikumsalam, ye Fatihah kenapa kau telefon aku dekat pukul 11 malam ni?”
“Khayla, aku minta maaf sangat, tapi aku kena tahu kenapa dengan Aizat. Tadi dia call aku, dia cakap awak tunggu saya. Saya nak kita berdua bersatu.”
“Mungkin dia baru lepas dengar lagu yang tengah hit tu kot. Dia copy paste je la tu. Kau tak payah risau la. Dia lelaki pandai la.”
“Ish, kau ni main je. Aku serius ni.”
“Tak payah risau sangat.”
“Okeh la Khayla, sorry ganggu kau dengan baby nak tidur.”
“Tak apa la sayang oi.”


“Pak cik bukan apa nak. Pak cik nak yang terbaik untuk anak pak cik sahaja.”
“Maaf pak cik, tapi saya rasa anak pak cik tak akan bahagia kalau dia dengan Farid. Saya bukan nak memburukkan orang pak cik tapi saya kenal dia macam mana.”
“Nak, kamu balik la dulu. Pak cik susah nak percaya kata kata kamu.”


Fatihah Raisha seakan tidak percaya Aizat Qaiser datang ke rumahnya secara mengejut tanpa sepengetahuannya. Rindu Fatihah Raisha pada Aizat Qaiser terubat.
Fatihah Raisha tersentak!
“Raisha, Abah nak masuk ni.”
“Masuk lah abah. Pintu tak kunci pun.”
“Raisha, tadi tu ke sebabnya Raisha tak nak dengan anak Dato Mazlan.”
Fatihah Raisha sekadar menganggukkan kepalanya. 

Friday, October 7, 2011

Cinta Dalam Hati 7

“Waalaikumsalam.”
Fatihah raisha menangis lagi.
Jika Ia akan berakhir seperti ini,
Jika ia benar benar berakhir,
Saya ingin kembali ke saat kita tidak mengenali satu sama lain,
Tapi ini sudah lambat.

Rumah Dato’ Mazlan..
“Papa nak tanya Farid ni.”
“Yes, papa.”
“kamu betul nak kahwin dengan Fatihah Raisha tu ke?”
“Kenapa papa tanya tiba tiba ni?”
“Ish, kamu ni farid cuba papa tanya jangan tanya soalan balik.”
“Ala, papa nit u pun nak marah. Farid tak la nak sangat dengan Fatihah raisha tu. Farid Cuma..”
“Apa kamu mengarut ni Farid? Kamu jangan nak malukan papa.”
“Farid tak malukan papa, tapi papa sendiri yang malukan diri papa. Papa yang paksa Farid setuju nak kahwin dengan perempuan tu. Papa tahukan yang Farid sayangkan Wahida. Papa yang buat keputusan sendiri. Papa buat Farid makin benci dengan keluarga Fatihah raisha.”
Pang!
“Farid benci papa. Farid dah tak boleh sabar dengan papa lagi. Goodbye.”

‘Kenapa abah Fatihah nak satukan Fatihah dengan Farid tu? Aku kena buat sesuatu ni.’
“Assalamualaikum, Khayla.”
“Waalaikumsalam.”
“Khayla sorry ganggu. Aku nak tanya alamat rumah Fatihah je ni.”
“Kau nak buat apa?”
“Aku tak boleh cerita sekarang. Nanti aku story lain hari.”

“okay. Ni alamatnya......”

Saturday, October 1, 2011

Cinta Dalam Hati 6

Di rumah Fatihah Raisha..
“Abah, dah bincang dengan keluarga Farid. Abah tak kira hujng tahun ni kamu kahwin dengan Farid.”
“Abah, Raisha tak faham kenapa abah buat keputusan tanpa bincang dengan Raisha? Ini tentang hidup Raisha. Abah tolong la fahamkan kemahuan Raisha.”
“Raisha, kamu tu sahaja anak abah. Selama 29 tahun abah dengan umi ikut kemahuan kamu. Abah mnta tolong kamu kali ni sahaja.”
“Raisha, Farid tu budak..”
Fatihah Raisha memotong percakapan bapanya.
“Dia tak baik abah.”
“Fatihah Raisha”
Fatihah Raisha di tengking oleh bapanya.

“Assalamualaikum, awak.”
Aizat Qaiser sekadar mendengar tangisan Fatihah Raisha di talian. Tiada kata yang mampu dia luahkan.
Setelah Fatihah Raisha sedikit tenang, Aizat Qaiser memulakan bicara.
“Kenapa ni?”
“Abah tetap juga nak satukan saya dengan Farid tu. Saya tak nak awak. Saya sayang awak.”
Tekak Aizat Qaiser terasa kelat.
“Saya sayang awak juga. awak kita sama-sama berdoa supaya hati abah awak terbuka untuk terima saya.”
“saya tak tahan la. Saya nak awak je. Saya taknak Farid Dato’ Mazlan si playboy tu. Siapa yang faham dengan kemahuan saya ni?”
“Saya pun takanak awak kahwin dengan Farid tu. Saya nak awak jadi milik saya. Saya juga tak nak awak melawan abah awak sebab saya. Dosa awak, itu dosa.”
“Saya tahu berdosa, tapi saya memang tak terima cara abah dengan umi yang tak Tanya saya dulu. Abah dengan umi main setuju je bila keluarga Farid tu datang merisik.”
“Awak sekarang kita Cuma boleh tunggu apa yang bakal jadi. Awak mungkin akan anggap saya lelaki yang cepat berputus asa. Saya akan usahakan juga selain berserah kepada takdir. Sayang awak Fatihah Raisha. Assalamualaikum.”

Thursday, September 29, 2011

Cinta Dalam Hati

Cinta Dalam Hati 5

“Ish, Aku nak ajak kau sebab kau pengapit Aiman, Fatihah pulak pengapit aku. Kita tunggu Encik Aiman yang lambat tu.”
“Sedar pun kau yang bakal laki kau tu memang selalu lambat. Aku pun tak tahu kenapa aku tahan kawan dengan dia. Buat aku rasa pelik lagi bila aku ni kawan baik dia pulak tu.”
“Oh! Awak kawan baik tunang Khayla. Sorry la kalau saya tanya. Awak kenal siapa dulu?”
“Tak payah la bersorry-sorry dengan saya. Saya kenal Aiman dulu baru si Khayla ni.”

“Awak, cincin ni cantik la. Fatihah, Aizat cepat la tengok cincin ni.”
“Khayla memang cantik la. Seronoknya kalau saya dapat jugak cincin macam tu.”
“Aku memang cantik pun. Aizat, belikan la dekat Fatihah tu.”
‘Khayla memang sengaja nak malukan aku la tu. Aiman tolong la nasihat bakal bini kau ni.’
Aizat sekadar tersenyum nipis.
“Aizat kenapa kau punya muka merah?”
“Mana ada bro.”
Aizat merenung mata Fatihah.
‘Aduh! Mamat ni tengok mata aku pula.’
“Awak nak cincin tu ke? Kalau nak saya boleh belikan.”
Aizat sekadar berbisik ke telinga Fatihah.
“Ish! Awak ni. Simpan je la duit awak nanti awak beli cincin untuk bakal isteri awak.”

8 tahun kemudian....
“Aizat, aku minta maaf.”
“It’s okay la kawan. Khayla kau tak payah nak risau pasal aku, tu kau jaga kandungan kau tu, jaga Aiman dan jaga Nisa and Lisa.”
“Tapi Aizat aku buat kau dengan Fatihah saling jatuh cinta. Aizat aku memang tak tahu yang bapak dia dah pilih calon untuk dia.”

Wednesday, September 28, 2011

Cinta Dalam Hati 4

‘Aduh! Sekali ada lesung pipit la. Aizat takkan dah tersuka dekat anak dara orang kot.’
“Emm.. Waalaikumsalam, nice to meet you. Nama awak sedap.”
‘Aizat apa yang kau buat ni’
‘Eh, mamat ni. Puji la pulak. Dah la handsome macam Liam Payne. Hati dah terjatuh cinta ni’
Gulp..
Aizat dan Fatihah sama sama terjatuh hati.
‘Macam menjadi je rancangan aku. Hehehehehe..’ Khayla ketawa di dalam hati.
Suasana diam seribu bahasa.
“Ehem.. Aizat dah la tenung anak dara orang tu.”
Aizat sekadar tersenyum malu.
“Cik Fatihah Raisha, awak bekas penuntut dekat UKM betul ke?”
“Awak panggil saya Fatihah je. A’ah saya bekas pentuntut dekat situ kenapa ?”
“Saya pun sama macam awak. Kevetulan.”
“Kevetulan? Funny betul la awak ni. Awak ambil jurusan apa?”
‘Aizat Aizat tersasul pulak dah.’
“Bussiness.”
“Eh, korang ni saja la tu buat aku macam tak wujud dekat sini. Sembang berdua je.”
“Kau, hari hari aku dah sembang tapi Cik Fatihah ni tak. Kau cuba la jangan dengki dengan aku.”
“Sampai hati kau. Dah la aku nak merajuk la.”
“Merajuk la.”
Fatihah dan Aizat ketawa melihat riak muka Khayla.
‘nasib la dapat kawan suka merajuk.’ Bisik hati Aizat Qaiser dan Fatihah Raisha.
“Assalamualaikum, adik busuk. Aku nak tanya ni kenapa kau nak jumpa aku?”
“Waalaikumsalam, aku cita dekat Aiman padan muka kau. Aku nak ajak kau dengan Fatihah teman kami pergi kedai emas tengok cincin.”
“Ha! Tengok cincin ajak aku, Encik Aizat Qaiser yang mach...”
‘Aizat, kaukan pernah baca. Orang perempuan ni tak suka lelaki yang suka perasaan bagus. Aizat jangan buat kau kena reject.’

Monday, September 26, 2011

Cinta Dalam Hati 3

“Kau nak tahu apa yang dia suka sangat dengan aku ni. Aku ni baik, caring pasal dia, handsome aku lagi banyak dari kau dan aku ni calon pilihan bapak dia.”
‘Ish, terkezut aku. Kata lagi 15 minit ni tak  sampai 5 minit dah tercongok dekat sini.’
“Kau riak je lebih bro. Ha, kau Khayla jangan nak gedik-gedik pulak. Nyampah aku dengan korang ni. Khayla tadi kau cakap kau tersembang dengan kawan kau lelaki ke perempuan?”
“Tu la kau aku suruh cari tak nak, lepas tu nak dengki dengan kami pulak.”
“Diam la kau Aiman.”
“Dah-dah, a’ah tadi aku jumpa kawan lama aku nama dia Fatihah Raisha. Dia pun macam kau bekas penuntut UKM.”
“Wow, sedap nama tu mesti orangnya cantik dua kali ganda dari kau.”
“Tak pe, Khayla tak cantik dekat mata kau tapi dekat mata aku dia cantik.”
“Yela tu. Aku memang benci dengan kau la Aiman ,suka sangat dengki dengan Aizat Qaiser yang kacak plus macho.”
“Engkau macho.”
“Aku memang malas nak layan orang yang PHd tinggi ni.”


-Jom jmpe dkt Pavilion ptg nh jm 4..
-Okay..

Jam 4 petang.
“Khayla sorry aku lambat aku..” Aizat tidak menyambung tutur kata yang masih tersisa itu.
Aizat Qaiser terpesona saat melihat wajah bersih gadis yang berada di sisi Khayla.
“Aizat, duduk la. Ni aku nak kenalkan kawan lama aku.”
‘Kau ni Aizat buat malu je’
“ni Fatihah Raisha. Fatihah ni....”
“Aizat Qaiser.”
Belum sempat Khayla menyebut nama Aizat, Aizat terlebih dahulu maju ke hadapan.
“Assalamualaikum, saya Fatihah Raisha.” Fatihah menghadiahkan senyuman manis semanis madu.

Sunday, September 25, 2011

Cinta Dalam Hati 2

“ Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama aku kerat lidah kau tu.”
“Macam berani je kau nak kerat lidah anak kesayangan Encik Adam ni.”
‘aku memang tak berani pun, gila apa nak kerat lidah anak orang. Mau bapak dia kejar aku dengan parang. Ish, minta di jauhkan la.’
“Kau ni kenapa?”
“Kenapa apa?”
‘Kawan aku ni memang nak kena, aku tanya dia tanya balik. Sabar Khayla.’
Tut.tut.tut.
“Aduh! Pasti Aiman yang termesej kau betul tak?”
Khayla sekadar tersenyum.
‘Aizat ni memang kawan terbaik aku la.’
-awk, blek awl..jgn nk MENGGATAL dgn aizat 2.
“Aizat kau baca mesej yang Aiman bagi ni.”
Iphone 4  milik Khayla di sua ke muka Aizat.
“Kau cakap dekat Aiman tu, aku nak ngorat kau pun nak bising. Macam aku dapat je nak ngorat kau.”
Khayla melakukan apa yang di suruh oleh Aizat.
Mungkin ini memang jalan takdirk~
Iphone milik Aizat pula berbunyi.
“Bro, kau jangan nak mengarut. Aku belasah kau karang baru kau tahu sapa aku ni.” Kedengaran suara garau milik Aiman.
“Ala, aku nak mengorat je pun, bukan buat apa. Tak luaknya aku ngorat wife to be kau ni.”
“Korang dekat mana ni?”
“Dekat kedai makan.”
“Ngeng. Aku tahu la dekat kedai makan, area mana?”
“dude, dekat kota damansara je. Kau mesti nak dating sini nak mensibukkan diri kau la tu.”
“Faham pun kau. Tunggu lagi 15 minit aku sampai. Aku ada dekat area tu jugak.”
Talian di matikan.
“Khayla, kau punya husband to be nak join kita la pulak. Aku baru nak ngorat kau. Potong betul la mamat tu. Apa la yang kau suka sangat dengan dia tu?”

Cinta Dalam Hati 1

Fatihah Raisha. Satu nama yang indah seindah tuan badan. Hati pasti bergetar saat menyebut nama itu.
‘ hati bersabarlah. Fatihah Raisha itu milik yang lain. Hatiku jangan mengalah, peluang masih lagi terbuka untuk kau.’
Aizat Qaiser pemuda yang bersederhana, baik hati dan penyayang.
‘ wahai sekeping hati, tabahlah menghadapi dugaan ini. Redha dengan segala ketentuannya. Pasti ada hikmah di sebalik pernikahan ini.’


8 tahun lalu...
“Khayla,aku bosan la. Kau ada masa tak sekarang? Jom la keluar.”
“Keluar dengan kau, Encik Aizat Qaiser? Kau nak kena marah dengan bapak aku ke?”
“ Don’t worry la. Hal bapak kau aku dah settle siap. Bapak kau macam biasa, keluar dengan anak pakcik jangan nak balik lepas Maghrib.” Aizat meniru gaya bapa Khayla bercakap.
“ Kau ni memang memahami bapak aku la. Nasib la aku dah ada tunang, kalau tak kau la kena jadi laki aku.” Khayla gelak besar.
“ Aku okay je kalau kau nak jadi bini angkat aku.” Aizat pula ketawa.
“ Kau tunggu aku tempat biasa. Aku nak kena inform Encik Aiman tu dulu.”
“Baik Cik Putry Khayla Bin Adam, eh bin pulak binti.”

Hampir sejam Aizat Qaiser menunggu teman karibnya itu.
‘kalau dah perempuan mesti lambat. Sabar jela Aizat.’
“Assalamualaikum, Encik Aizat sorry late. Tadi aku jumpa kawan aku dekat parking, aku ter sembang lama la pulak.”
“Waalaikumsalam,  kau memang gitu dah. Kau kira beruntung la sebab ada kawan yang bersabar tunggu kau yang memang always lambat. Aku memang tabik dengan Aiman sebab tahan dengan kelembapan kau tu.” Perkataan lembat sengaja ditekankan.
“sesuki je kau kata aku lembap. Aku lambat pun aku tetap juga muncul. Bukan macam orang tu, janji nak datang tapi satu hari tunggu batang hidung langsung tak nampak.”
“Khayla kau nak makan apa?”
“Ubah topic nampak.”