^^

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 25, 2011

Cinta Dalam Hati 10

“Okeh. Kalau tak sedap jangan gelak tau.”
“Cepat la.”
sabar sabar sabarlah sayangku
semua ini kan cepat berlalu
sebutlah namaku di setiap nafasmu
ku kan datang kepadamu sayang
panggil panggil aku segenap rasamu
dan rasakan aku membelaimu

Kedengaran tangisan Fatihah Raisha di hujung talian.
Suasana sunyi seketika. Aizat Qaiser sekadar membiarkan Fatihah Raisha menangis. Bukan tidak mahu memujuk, akan tetapi biar lah Fatihah Raisha luahkan segalanya.
“Awak, sedap. Saya suka sangat.”
“Sayang awak Fatihah Raisha.”
“Fatihah Raisha juga sayang Aizat Qaiser. Sayang sangat.”
“baiklah budak manja pergi tido. Abang hensem ni nak fikir cara dapatkan anak dara orang dengan restu mak abahnyer. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, abang hemsem jangan tido lambat pulak tau.”
Talian mati....

“Assalamualaikum, uncle.” Farid menyalami tangan bakal bapa mentuanya.
“Waalaikumsalam, Farid. Jemputlah masuk.”
Farid sekadar tersenyum.
“Uncle, Farid ada benda penting nak cakap ni. Uncle, seben..”
Fatihah Raisha keluar ke ruang tamu itu untuk menghidangkan air buat tetamu itu.
‘Farid, asal kau datang rumah aku? Aku tak suka Farid bin Mazlan!”
“Farid, jemput minum. Raisha, sit here.”
“Uncle, Farid nak minta maaf sebelum Farid cakap benda ni.”
“Untuk apa Farid minta maaf. Ish, kamu ni Farid lain saja uncle tengok.”

No comments:

Post a Comment