^^

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 18, 2011

Bermula Disini 3

 “Assalamualaikum.,” laung  Naashif Asyraf dari luar.
“Nurul, Bie dah balik ni.”  Asyraf hairan kenapa tiada sahutan dari isteri tersayang. Selalunya Nurul akan menunggu dia pulang. “Nurul Hanna” kini Asyraf memanggil pula nama penuh isterinya akan tetapi hasilnya tetap seperti tadi. Naashif Asyraf mula cemas, dia bergegas ke kamar mereka. Hatinya lega kerana susuk tubuh isterinya kelihatan di atas katil mereka.

“Sayang, nasib baik jantung Bie ni tak berhenti . Bie risau betul kalau jadi apa-apa dekat isteri Bie yang comel ni.” Bisik Asyraf ke telinga Nurul. Nurul membuka matanya perlahan-lahan, tidurnya sebentar tadi terganggu dek bisikan Asyraf di telinganya.

“Bie dah balik. Sorry, sayang tertidur. Hari ni penat sangat, Encik Razim tu asyik suruh buat kerja si Madiha je. Mentang-mentang la Madiha tu tunang dia, suka hati je suruh sayang buat kerja pompuan tu.” Adu Nurul kepada Asyraf.
Dahi Nurul dikucup Asyraf.
“Sayang buat je apa yang si Razim tu suruh dalam masa dua minggu ni.”
“Bie kenapa two weeks?” soal Nurul
“Sebab lepas dua minggu tu. Bie nak sayang berhenti kerja. Sayang duduk rumah jaga makan pakai Bie sudah. Bie tak suka la orang buli isteri Bie.” Nurul menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.
“Erk. Bie, sayang tak solat asar lagi ni. Bie rehat dulu tau, nanti Bie mandi. Lepas solat Maghrib kita makan tau.” Pipi Asyraf menjadi sasaran Nurul.
Asyraf senang sekali mempunyai isteri yang begitu ceria dan memahami  dirinya seadanya.



‘alamak dia senyum la pulak. Dia senyum dekat aku ke ?’ bicara hati Asyraf.
Begitulah Asyraf setiap kali dia melihat Nurul Hanna. Dia sudah mula jatuh cinta dari saat pertama kali dia dan Hanna bertemu di pusat tuisyen itu.
"Asyraf, 2(3)?"  soal Puan Ain.
Asyraf segera bangun, dengan penuh yakin dia menjawab .
"6 cikgu."
"Hanna, betul tak jawapan Asyraf tu ?" Puan Ain menyoal Hanna pula.
"Betul cikgu"
"Nasib baik betul. Awak berdua ni dari tadi lagi saya tengok asyik berangan saje. Badan awak dekat sini tapi fikiran dekat lain "




"Bie buat apa tu ?" soal Hanna.
"Sayang, terkejut  Bie. Bie tengok gambar  kahwin kita. Sayang, nampak  tembam la."
"Yela, kita ni tembam. Tak macam orang tu, kurus je. Kita tahu kita ni tak layak untuk dia. Kita ni tak sesuai dengan dia." Ujar Hanna dalam nada merajuk.
Hanna ingin naik ke kamar mereka, dia begitu cepat terasa akhir-akhir ini. Asyraf menarik tangan isteri tersayang lalu berkata " Ala, manja Bie ni. Bie main-main je. Sayang sekarang ni cepat sangat merajuk dengan Bie. Bie usik sayang je, sayang tau kan yang Bie sayangkan sayang sejak kita form 4 lagi. Bie tak kesah pun luaran sayang, yang penting tutup aurat, jaga kehormatan diri, solat tak tinggal." Hanna di peluk Asyraf.

Segala rasa marah yang tadinya menguasai hati hilang begitu sahaja, Hanna kini lebih tenang berada didalam pelukan suaminya.




‘biar betul ni. Takkan aku dengan dia je kot yang datang tuisyen hari ni.’ Hanna tertanya-tanya
‘Thanks semua sebab korang tak datang hari ni. Korang memang terbaik la, korang bagi peluang dekat aku dengan my sweetheart. Eh ! Asyraf lebih pulak kau.’  Asyraf merungkai senyuman.
"Kamu berdua je yang datang petang ni ? Asyraf mana yang lain ?"
"Saya tak tau la cikgu. Dorang ada game kot petang ni."
"game lagi penting. Apa nak jadi saya pun dah pening dengan pelajar-pelajar sekarang. Kadang-kadang saya jadi kesian pun ada. Saya tak marah nak main tapi kalau tiap-tiap minggu datang dua kali je tuisyen buat rugi duit mak ayah awak saja."
"Cuba jadi macam sayakan cikgu, tak datang tu dia dua bulan sebab latihan balapan saya tu. Saya ni lah pelajar harapan cikgukan ?"
"Ada-ada je awak ni Asyraf. Okay Hanna awak duduk meja depan ni. Duduk sebelah Asyraf, senang sikit saya nak ajar."
‘cikgu, i lap you la. Cikgu memang memahami betul. Tapi kenapa hati aku berdegup kencang ni ?’
"Asyraf kamu senyum apa tu ? mentang-mentang anak dara nak duduk sebelah senyum sampai telinga."
‘nampak benor cikgu nipu. Ada ke orang senyum sampai telinga ?’
Asyraf menghadiahkan sebuah senyuman yang termanis buat Hanna.
“hari ni kita buat latihan je la, saya nak ajar pun tak ada semangat. "
‘cikgu tak nak ajar pon tak pe. Boleh aku tengok muka Hanna.’


No comments:

Post a Comment