^^

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 25, 2011

Bermula Disini 10 [End]

15 minit kemudian….
“Hanna, jaga diri budak-budak biar kaklong jaga.”
“Terima kasih kaklong.”

Hanna pandu keretanya dengan laju sekali, difikirannya saat ini hanya ada suaminya. Pelbagai soalan bermain dalam kepalanya.
‘Bie, okay ke ? Bie sakit tiba-tiba kenapa? Bie ada prob dengan tapak ke? Natasya dah bawa bie pergi klinik ke’




“Natasya. Bie” tiada sahutan.
‘kenapa pejabat bie kos…
Hanna tidak sedarkan diri.
“Kau memang bodoh macam Madiha cakap. Kau percaya bulat-bulat apa yang aku cakap. Memang bodoh.”
“Jack, kau angkat perempuan tak guna ni bawa pergi tempat biasa.” Madiha menyuruh orang upahannya memasukkan Hanna kedalam van buruk itu untuk dibawa ke suatu tempat.



‘aduh, sakitnya kepala ni. Bie mana?’
“Hahahaha. Sedar juga kau perempuan tak guna.”
Suara itu seperti biasa aku dengar. Ia seperti suara Madiha Zulaikha. Ya aku pasti itu suara Madiha Zulaikha.
“Akhirnya, kau tewas dengan tangan aku juga. Kau ingat kau bagus ke bila kau rampas Naashif Asyraf dari aku.” Pipi Hanna ditampar Madiha.
“Madiha, sakit la.”
“Aku memang nak buat kau sakit sampai kau mampus!”
Sekali lagi pipi Hanna ditampar. Hanna sudah tidak menahan rasa takutnya itu, lalu air mata mengalir deras.
‘Bie, where are you? I need you now.’
Iphone 4 milik Madiha bordering..
“Hello, kau nak isteri kau selamat dating sini cepat.”
Madiha mematikan telefonnya.


“Sayang, sayang.”
Bie!
“mmmmmm.”
“sayang.”
“Selamat berjumpa sayangku, kau nampak isteri kau tu?”
“Madiha, lepaskan dia. Kau marahkan aku, tak payah la kau buat macam ni dengan isteri aku.”
“Aku tak marah kau, Asyraf. Aku marah dengan perampas ni. Kalau bukan sebab dia kau mesti bahagia dengan aku.”
Hanna ditampar oleh Natasya.
“Natasya, saya tak sangka awak terlibat sama.”
“Aku tak pernah pun ikhlas nak kerja dengan kau aku buat semua ni sebab aku kena bayar dengan  Madiha”
“Natasya, kau diam.”
Madiha menghalakan pistol ke arah Natasya. Natasya sangka Madiha sekadar ingin bergurau, tapi tidak disangka-sangka Madiha menembak tepat di kepala Natasya. Serta merta Natasya mati.
“Hahaha. Seorang dah selesai, menyusahkan aku saja selama ni. Tinggal seorang sahaja lagi, Asy lepas ni kita akan hidup bahagia.”
“Madiha, kita bawak berbincang dulu, aku harap kau jangan apa-apakan Hanna.”
“Okay, sayang I ikut cakap you. Kita bincang, you pilih lepaskan perempuan tak guna ni dan kahwin dengan I or else dia mati?”
Hanna dan Asyraf sama-sama tersentak. Sungguh tak disangka-sangka itu yang dimahukan oleh Madiha.
“Kau jangan main-main la Madiha Zulaikha.”
“I tak main-main la sayang. I’m serious. You tak nak tak apa tapi.”
Pisau dicapai lalu di toreh sedikit lengan Hanna. Drah mengalir keluar.
“Madiha, stop it. Aku ikut cakap kau. Aku lepaskan dia and I will marry you.”
Hanna merasa dunia kini gelap,
‘bie nak kahwin dengan Madiha? Bie tak sayangkan anak-anak ke?’
“Bagus. Jack, buka ikatan perempuan tu. Lepaskan je dia. Asy, cepat lafazkan talak dekat perempuan tak guna ni.”
Asyraf begitu tidak rela lepaskan Hanna, tapi dia takut Madiha menggila. Nafas ditarik sedalamnya.
“Aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Hanna rebah. Asyraf ingin menyelamatkan Hanna, tetapi dihalang oleh Madiha.
“Dia tu janda you, jadi jangan nak tolong dia. Biar Jack je yang tolong dia. So, jom tengok baju kahwin kita.”
“Madiha, aku nak jumpa anak-anak aku kejap.” Saat menyebut anak-anak air mata Asyraf mengalir.
“I ikut you, I tak nak nanti perempuan tak guna ni rayu-rayu you pulak.”
Asyraf tidak sanggup melihat wanita yang begitu dia sayang diseret ke kereta wira milik Natasya. Mayat Natasya dibiarkan begitu sahaja. Madiha tidak mahu ambil tahu.
“Madiha, please. Aku pergi sendiri.”



“Assalamualaikum. Kak long. Acap balik ni.”
“Waalaikumsalam,Acap kau jangan masuk bilik budak-budak tu. Hanna ada kat dalam tu, tengah tidurkan anak-anak kau.”
Nafas dihembus.
“Acap, nak masuk tengok anak-anak kejap. Kaklong, cakap dekat Hanna.”
5 minit kemudian..
“Awak, saya tengok anak-anak kejap je.”
Hanna tidak dapat keluarkan suaranya.
Asyraf mengerti, dia terus berlalu masuk ke bilik yang menempatkan anak-anaknya itu.
“Arshiya, Ariq, Ardini, Aqra.”
Hanna yang berada disebalik pintu menangis dalam diam.
Asyraf terlena disamping anak-anaknya itu. Hanna mengejut Asyraf.
“Awak, bangun solat Zuhur.”
“Baik sayang, bie bangun ni.”
Air mata yang mengalir diseka cepat-cepat. Hanna tidak mahu Asyraf melihat dia menangis.
“Awak, saya keluar dulu.” Hanna segera keluar dari bilik.

“Kau memang cari masalah dengan aku Hanna. Ni mesti kau tak bagi Asy jumpa aku. Kau tunggu.”
Tok..tok…tok..
“Hanna, kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan.”
Hanna segera membuka pintu setelah menyuruh anak-anak serta kakak kepada Asyraf masuk ke dalam bilik.
Setelah pintu dibuka, terus pipi Hanna ditampar.
“Kau memang sengajakan nak sakitkan hati aku. Mana Asyraf?”
Asyraf tak ada dekat sini. Dah seminggu aku tak jumpa dia.”
“Kau jangan nak bohong la. Aku tau kau sembunyikan dia. Asyraf.. sayang you kat mana?”
Madiha menolak Hanna dan terus masuk ke dalam rumah kakak Asyraf.
Apabila orang yang dicari tidak jumpa, Madiha terus mencekik Hanna.
“Kau sorok dia dekat mana?”
Kakak Asyraf yang melihat keadaan itu dari dalam bilik, lantas menghubungi pihak polis.
“Kau, memang kurang ajar. Aku tak teragak-agak tusukkan pisau ni kat perut kau. Kalau Natasya dulu aku boleh buat, kau lagi la senang. Jadi kau bagi tau mana Asyraf sekarang?”
“Aku betul tak tahu la.”
Belum sempat Madiha menusukkan pisau ke perut Hanna pihak polis tiba.
“Jangan bergerak.”
Hanna ditarik oleh salah seorang pegawai polis. Hanna terselamat dari ditusuk oleh Madiha.
Madiha sudah berjaya ditangkap.



“Sayang okay?”
“Awak.” Asyraf memotong bicara Hanna.
“Kita masih suami isteri. Talak tu tak sah sebab bie lafaz kerana terpaksa. Sayang, still ibu kepada anak-anak kita yang memang cute macam sayang, masih lagi isteri bie yang comel, setia.”
Hanna menangis di dada Asyraf. Asyraf mengeratkan pelukan.
“dah, tak nak nangis. Nanti Ardini tanya bie nak cakap pe?”
“Saja tau. Suka sangat buat orang sakit hati tau. Bie, sayang takut la kalau-kalau Jack orang suruhan Madiha datang cari kita.”
“Don’t worry sayang, tadi bie dengan Nabeel dah tangkap Jack tu. Sayang ingat tak Nabeel?”
“Nabeel, mesti la ingat.”
“Dia dah jadi pegawai polis. Bie jumpa dia, bie story pasal Madiha. Sayang, dia tak terkejut Madiha jadi macam tu.”
Tangan Hanna di kucup Asyraf.
“sayang, woman was made from the rib of man, she was not created from his head to top him. Nor from his feet to be stepped upon,  she was made from his side to be close to him. From beneath his arm to be protect by him, near his heart to be loved by him.”
Hanna begitu terharu lalu tubuh Asyraf dipeluk. Hanna berbisik dengan linangan airmata ke telinga Asyraf.
“Pernikahan atau perkahwinan,Menyingkap tabir rahsia,Isteri yang kamu nikahi,Tidaklah semulia Khadijah,Tidaklah setaqwa Aisyah,Pun tidak setabah Fatimah,Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,Yang punya cita-cita menjadi solehah.Pernikahan atau perkahwinan,Mengajar kita kewajipan bersama,Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,Kamu langit penaungnya,Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.Pernikahan atau perkahwinan,Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,Pun bukanlah Saidina Ali R.A. Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.”
Airmata yang mengalir deras di pipi Hanna dikesat oleh Asyraf.
“Thank you sayang.”


“Wah, Asyraf empat kembar. Jealous siot aku dengan kau.” Ujar Nabeel
“Biasa la. Kau memang dari dulu jealous dengan aku. Eh! Jemput la masuk”
“Kau ni aku tahan baru tahu.”
Nabeel kelihatan begitu bahagia bersama isteri tersayang Eyfa Suraya.
“Nur.”
“Hanna, kau makin cantik la.”
“Kau tu yang makin cantik, aku biasa je.”
“Hanna, Asyraf selamat ulang tahun. Aku harap korang bahagia sampai tua.”
Majlis berlangsung dengan lancar.
Tetamu sudah mula pulang, jam sudah berginjak ke pukul 11 malam.
Di kamar, Asyraf menyanyikan lagu buat Hanna.
Hanna begitu terharu.
i now confess my heart to you
only heaven knows my heart
at the thought of telling you the truth that i’ve kept so preciously
i feel tears coming out
all the memories pass by me
today wouldn’t be here if it wasn’t you
the day we first met
i was awkward and young
the times you waited for me just because i told you to trust me
at times, i hurt you woth my mistakes
but you never once blamed me
and you gave me strengh, smiling,it’s okay, it’s okay
whenever i made you upset by saying i’m busy
you could have blamed me
but you believed in me, saying don’t worry, don’t worry
i selfishly hope that
your heart will be the same forever
i will try my best everyday for you
the day we first met
i was awkward and young
the times you waited for me just because i told you to trust me
at times, i hurt you woth my mistakes
but you never once blamed me
and you gave me strengh, smiling,it’s okay, it’s okay
whenever i made you upset by saying i’m busy
you could have blamed me
but you believed in me, saying don’t worry, don’t worry
all the memories we made
the times we cried and laughed
i’ll remember them even at the moment i die
have i told you before? I love you
there is no other way to say it
i love you i love you
other than those common words
i say it again “i love you”
my heartfelt confession today
please never forget it
i love you

Jam sudah bergerak ke angka tiga. Kelihatan Asyraf sedang sujud pada-Nya.
Hanna yang melihat suami tersayang sujud menyembah Illahi turut merasa insaf dan bersyukur.
“Ya Allah, terima kasih kerana kau telah kurniakan aku seorang wanita bergelar isteri. Seorang istei yang begitu ikhlas mengasihi diri ini. Seorang ibu untuk anak-anakku, seorang anak yang jujur dan luhur hatinya. Ya Rabbi, aku hanyalah makhluk yang serba kekurangan. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku,ibu bapa mertuaku, isteriku, anak-anakku serta diriku yang hina ini. Ya Muhaimin, isteriku bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah,bukan Aishah bukan jua Rabiatul Adawiyah wanita terpuji kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa cukuplah sekadar isteriku bertakwa kepadaMu. Jauhilah kami dari perkara yang megundang kemungkaranMu. Amin.”
“Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku serta keluargaku yang telah diperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah Tuhanku.
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin.”
Hanna berdoa di dalam hati.

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya.


*terima kasih sudi membaca karya tulisan yang tidak sehebat penulis sedia ada~ ^^

2 comments:

  1. terbaek!!!cita simple..agk sedih...cam nk nangis pown da...tp ending bez...tahniah...u make me want say I DO!! to say yes..your story was interesting!!!....

    ReplyDelete
  2. afiqah_ahasyia d'miacara : thanks~ ana hargai sokongan anda!

    ReplyDelete