^^

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 23, 2011

Bermula Disini 9

“Romantik betul bie sekarang! Miss you bie.”

Telefon kepunyaan Hanna bordering.
“Assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.  Bie I love you.”
“love you too. Sayang miss anak-anak dengan sayang ni. bie banyak sangat kerja ni. miss you so much.”
“Ibu anak-anak pun rindu bie. Bie jangan balik lambat tau. Bie pergi la sambung buat kerja tu. Love you.”



“Arshiya, jangan buat Ariq menangis. Ibu nak masak ni.Main elok-elok tak nak gaduh-gaduh.”
“Ibu, Ariq yang mengada-ngada. Arshiya ajak main dengan Ardini and Aqra but he don’t want. He just want cry.” Arshiya mengadu pada Hanna yang sedang menyediakan makan malam.
“Sayang ibu ni, kena jadi kakak yang baik. Arshiya kena la tolong ibu jaga adik-adik Arshiya. Abi selalu pesankan. Arshiya dah lupa.” Tubuh Hanna dipeluk erat oleh Arshiya.
“Arshiya, ingat ibu. Abi pesan take care of ibu, Ardini, Aqra and also Ariq. I love ibu and abi.” Pipi Hanna dikucup Arshiya. Senang sekali hati Hanna punya anak yang begitu memahaminya.



“Assalamualikum, sayang. Bie dah balik ni. Anak-anak abi Arshiya, Ariq,Ardini,Aqra. I’m home.”
“yeye.. abi dah balik. Abi, abi nak tau tak? Hari ni Arshiya take care of ibu and my siblings. I help ibu at kitchen and now I’m tired. Abi, can I kiss you?” petah sungguh Arshiya berbicara tidak seperti kembar-kembarnya yang lain.
“Good girl. Arshiya nak abi kiss tapi Arshiya kena panggil adik-adik. Abi nak kiss semua anak Abi. Abi rindu sangat dengan anak-anak abi ni.”
“Anak-anak je? Ibu tak nak ke?”
“Ibunya nanti-nanti la. Takkan ibu nak Abi kiss dekat depan anak-anak. Nanti mula ibunya blush2 lepas tu buat kerja semua jadi tak betul.” Galak Asyraf mengusik isterinya.
Cepat sahaja tangan Hanna mencubit lengan Asyraf. Lalu Asyraf memeluk isteri tercinta.
Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa lagi tentang dunia ini  begitu gembira melihat kemesraan Abi dan Ibu mereka.
“Abi! Kenapa peluk ibu? Abi janji nak kiss kami. Abi tipu. Ariq tak nak kawan dengan abi dah.” Lalu Ariq menangis.
Hanna meleraikan pelukan Asyraf.
“Ala, Ariq ibu ni. Cemburu ke abi peluk ibu? Ibu minta maaf okay? Anak ibu pandaikan tak nak menangis dah. Nanti tak comel macam ibu. Ariq mesti tak nak jadi budak tak comel.” Ariq sekadar mengangguk.
“Ardini, tengok Ariq yang mengada tu. Sikit-sikit nangis. Arshiya tak suka dia suka sangat menangis. Ardini suka tak?” bisik Arshiya ke[pada Ardini.
Ardini seorang anak yang tidak akan bercakap kecuali terdesak. Dia sekadar akan angguk kepala atau gelengkan kepala. Ardini membuat Asyraf dan Hanna adakalanya risau kerana dia tidak mahu bercakap.
“okay, anak-anak abi beratur. Abi nak kiss ni.” Arshiya menyusun adik-adiknya. Semua sudah bersedia menyua pipi mereka untuk di cium oleh abi tersayang.



“Ibu, I want this. Boleh tak ibu?” Arshiya bertanya .
“Arshiya, kita tunggu abi dulu. Bila abi datang nanti you ask him.”
“Okay ibu.”
 Don't know if I could ever be without you 'cause boy you complete me~
“Hello, Bie kenapa lambat sangat ni? Anak-anak dah penat tunggu abi tau tak?”
“Sayang, Bie dekat….” Talian di putuskan
“Abi. Abi.Abi.” anak-anak Asyraf dan Hanna bersorak kegembiraan apabila melihat abi mereka sudah ada.
“Bie, saje je kan. Penat tau tak tunggu bie, selalu macam ni. Bie tak kesian ke dekat isteri bie ni? Suka dera isteri bie ni? Bie tak sayang eh.” Bisik Hanna
“Sayang ni macam baru kenal semalam je. Bie kesian sangat dengan isteri bie, that’s why I leave you with anak-anak. Bie tak ada niat pun nak dera isteri bie ni tapi kalau rasa nak dera tu ada la sikit.”
“Bie!”
“Ibu, kenapa? Ibu are you okay?”
“Aqra, ibu okay je. Jangan risau.”
Hanna membulatkan matanya kepada Asyraf yang sedang tersenyum.



“Ash, kau jangan ingat Hanna akan terlepas dari aku. Dendam aku takkan pernah habis untuk perampas tu. Kau jangan risau hidup dia akan sengsara.” Ujar Madiha kepada Asyraf ketika mereka bertembung di tempat letak kereta tadi.
“Madiha, sampai bila kau nak seksa keluarga aku? Aku minta maaf kalau aku or Hanna ada buat salah dengan kau, boleh tak kau berhenti ganggu hidup aku sekeluarga?” soal Asyraf dengan tegas
Asyraf telah berjanji tiada sesiapa boleh menyakitkan isterinya mahupun anak-anaknya. Itu janji Asyraf!
“Aku takkan ganggu kau, tapi Hanna isteri kau yang bodoh tu jangan harap la! Kau faham. Aku sayang kau sangat. Bye Asyraf.”
Belum sempat Asyraf berkata apa-apa, Madiha sudah beredar.
‘Madiha, kau siapa nak cakap isteri aku bodoh. Aku tak pernah bagi sesiapa cakap yang bukan-bukan pasal isteri aku. Kau memang takkan pernah berubah Madiha Zulaikha.’
“Bie, are you okay? Kenapa Bie termenung ni? Bie ingat dekat makwe la tu. Sapa makwe bie tu?”
Asyraf mengucup dahi Hanna. Hanna agak kaget, di tempat umum dan di hadapan anak-anak mereka Asyraf mengucup dahinya. Muka Hanna sudah mula merah menahan malu.
“Tengok tu, muka sayang dah merah. Bie, okay la sayang. Bie dah ada kekasih hati yang takkan pernah terhapus dari hati bie yang satu ni. Sayang nak tau tak siapa orang yang bertuah tu?”
“Bie memang suka mengusik tau. Tak nak kawan.”
“Ala, sayang ni. Jangan la nak goda bie. Sayang cakap manja-manja pulak. Ish, bie memang dah agak tergoda ni.” Asyraf masih lagi galak mengusik Hanna.
Ada hati yang sedang membara melihat kemesraan mereka di khalayak ramai itu.
‘Hanna, jangan ingat kau tu bagus sangat. Kau belum cukup bagus untuk lawan aku ni. Kau tengok la satu hari nanti Asyraf bakal sujud dekat kaki aku.’



“Encik Naashif, saya minta maaf fail yang semalam encik letak atas meja saya sudah hilang.” Lembut sahaja nada suara Natasya.
“What? Awak, dah cari betul-betul? Awak, tahukan fail tu penting untuk mesyuarat kita pagi esok. Saya tak kira awak kena cari jugak sampai jumpa.”
Natasya keluar dari bilik ketuanya itu.
“Asyik-asyik nak marah aku. Kau ingat kau bos kau dah cukup bagus la. Aku kerja ni pun sebab Madiha kalau tak jangan harap la aku nak kerja dengan bos macam kau.” Omel Natasya.
-Madiha, ak dh buat cm y ko soh. Duit ko jgn lpe bank in. klu x ak x t’agk2 bg tau mangkuk 2.
-okay.. ko jgn pndai nk ugut2 ak.
-ak bkn nk ugut ak cme amek lngkh b’jg2. Mne ble p’cye sgt org cm ko ni..
‘kurang ajar punya Natasya. Nasib baik aku masih perlukan khidmat kau. Kalau tak…’




“Bie, kenapa nampak tertekan je ni?” soal Hanna.
“Bie, okay je. Tak rasa tertekan pun. Sayang, anak-anak dah tidur ke?”
“tak pe la kalau bie tak nak story. Hmm. Anak-anak semua dah tidur, tinggal abi dengan ibu je yang tak tidur lagi.”
“jom tidur sayang. Esok bie ada mesyuarat.”
Hanna jadi terfikir kenapa Asyraf berubah secara medadak. Sebelum ini, dia tidak pernah tidur selagi jam belum berginjak ke pukul 1 pagi. Tapi malam ini, belum pun pukul 11 Asyraf sudah mahu tidur.
Hanna cuba berfikiran positif.
‘mungkin bie ada prob kot dekat pejabat. Esok kalau bie still lagi macam ni, aku kena tanya apa masalah bie. Harus!’
“Sayang, fikir apa tu? Simpan la untuk esok pulak. Bie dah mengantuk ni. Lets tidur sayang.”



“Bie, tak nak sarapan ke? Penat masak.”
“Bie dah lambat ni. Need to go. Jaga diri nanti kalau meeting habis bie call sayang tau. Bie rindu.” Dahi serta pipi Hanna dikucup Asyraf.
“Betul ni bie taknak sarapan dulu?” Hanna inginkan kepastian.
“Ye, sayang bie.”
“Take care.”

“Encik Naashif, ada someone nak jumpa encik. Katanya urusan penting.”
“Natasya, awak panggil orang tu masuk.”

Sedang Asyraf khusyuk menyudahkan kerjanya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
“Masuk”
“Selamat berjumpa lagi Encik Naashif Asyraf. Masih ingat sayakan?”
“Madiha. Kau nak apa datang sini?”
“Aku datang sebab aku nak tengok apa sayang aku buat dekat pejabat.”
“Siapa sayang kau tu?”
“Kau la. Naashif Asyraf”
“Kau memang gila la Madiha. Kau tahukan status aku sebagai suami kepada Nurul Hanna. Boleh tak kau berhenti kacau aku? Aku tak tahu berapa kali aku minta kau pergi jauh-jauh dari keluarga aku dan juga aku.”
“Yes, aku memang gila. Aku gilakan kau Asy. Kau tahu tak aku simpan perasaan ni seen kita sekolah rendah lagi. Aku Cuma harap kau terima aku sahaja. Aku tak minta lebih lepaskan Hanna tak gu..”
Asyraf memotong cakap Madiha,
“Kau tak ada hak nak kutuk isteri aku. Kau tak pernah dapat hak tu Madiha Zulaikha!”
“Ni mulut aku jadi suka hati la aku nak cakap Nurul Hanna tu tolol ke bodoh ke kau peduli apa?”
“Aku peduli sebab tu isteri aku, yang kau cakap bodoh, tolol tu isteri aku. Orang yang aku sayang, orang yang tahu jaga aku. Orang yang sama sekali bukan macam kau. Kau keluar sekarang dari bilik aku.”
Madiha menghempas pintu dengan sekuat-kuatnya. Hatinya kini lebih membara.
‘Kau tunggu pembalasan dari aku Hanna. Kau takkan selamat.’
“Natasya, cancel semua jadual saya hari ni. Saya nak balik”



“Ibu, tu kereta abi. Yeye, abi dah balik.” Arshiya dan adik-adiknya sedang melonjak kegembiraan.
‘Awalnya Bie balik baru pukul 11 pagi. Mesti ada something ni.’
Tanpa member i salam Asyraf terus berlalu ke kamar mereka. Fikirannya terlalu serabut.
Tok..tok..
“Masuk.” Asyraf merasakan dia berada di pejabat.
“Bie, okay? Bie tak sakitkan?” Hanna begitu risaukan Asyraf.
“Mmm. Bie okay je. Bie balik awal ni pon sebab rindu anak-anak.”
“Betul ni? Bie tak ada masalah dekat pejabatkan. Kalau bie ada masalah kongsi la, sayang ada untuk dengar cerita bie.”
“Betul la. I’m okay. Bie tau sayang memang pendengar yang setia. Sayang, pergi la masak. Nanti kita lunch dengan anak-anak. Bie nak salin baju kerja ni kejap. Okay sayang?”
Hanna menguntum senyuman buat Asyraf.
Asyraf akan sedaya upaya menyembunyikan kejadian yang berlaku di pejabatnya tadi. Bila dikenangkan kembali hatinya menjadi panas membara.



“Abi, jom menyanyi lagu ibu tu. Arshiya dah lama tak nyanyi dengan abi.”
“Okay sayang. Kita menyanyi dekat ibu tau. Ardini, Ariq, Aqra jom kita menyanyi.”
“Abi, one two three.” Arshiya membilang
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Hanna terkejut mendengar anak-anak serta suaminya melagukan lagu nyanyian Yusuf Islam itu. Air matanya sudah mula membasahi pipi.

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
“sedap sayang-sayang ibu menyanyi. Ibu terharu sangat. Ibu kena masak special untuk anak-anak ibu ni.
“Ibu, Ardini sayang ibu jugak.” Ujar Ardini lalu dipeluk Hanna. Anak-anak lelaki Hanna memeluk abi mereka.
‘Madiha, kau takkan berjaya nak pisahkan aku dari Hanna. Dia seorang isteri dan ibu yang baik. Kau takkan dapat tandingi dia’



“Natasya, kau kena buat ni. Aku nak kau letak benda ni dalam minuman isteri Asyraf. Kau bubuh sampai habis.”
“Macam mana aku nak bubuh benda ni dalam minuman isteri Asyraf tu? Isteri dia bukannya selalu datang pejabat pun.”
“tu aku tak tahu, yang aku tahu benda ni kau mesti bubuh dalam air isteri dia yang tolol tu.”

“Encik Naashif, saya saja nak tanya isteri encik tak nak datang sini ke? Saya dah lama tak tengok isteri encik. Maaf la kalau saya ni  menyibuk, saya cuma nak tanya sahaja.”
“It’s okay. Isteri saya malas la nak keluar rumah lepas tu nak dating sini dengan anak-anak saya yang tak tahu duduk diam tu. Lagi pun saya tak suka isteri saya keluar, saya tak suka isteri saya penat. Natasha, awak betul-betul nak jumpa isteri saya ke?”
“Ye, Encik Naashif.”
“Nanti saya cuba tanya. Saya tak janji yang dia nak.”
“Thank you Encik Naashif”
‘Naashif kau memang malang kalau isteri kau nak jumpa dengan aku.’ Natasya ketawa dalam hati.



“Sayang, Tasya secretary bie nak jumpa sayang, kalau sayang nak esok kita bawak anak-anak pergi pejabat bie”
“Sayang malas la nak pergi pejabat bie tu, bie taukan anak-anak kita ni terlebih aktif. Bukan reti nak duduk diam-diam, kuat mengarut macam abi la ni. Waktu sekolah kuat sangat lari-lari tak reti nak duduk diam.” Hanna mengusik Asyraf.
“Sedapnya ngate bie. Bie tak nak kawan dengan sayang la. Sayang tidur sorang-sorang, jangan nak peluk bie. Bie nak tidur dengan anak-anak.”
“Ala, bie ni. Merajuk pulak, okay la. I’m sorry, sayang saja nak usik bie.”
Asyraf buat-buat  tak dengar. Hanna cuba merayu Asyraf lagi.
“Bie~”
“Yela-yela bie tak tidur dengan anak-anak. Bie tidur dengan sayang je.”
Pipi Asyraf dikucup oleh Hanna.



“Natasya, isteri saya tak boleh nak datang la. So sorry.”
“Erm, tak apa la Encik Naashif.  Isteri encik mesti busy nak jaga kembar-kembar. Saya buat kerja saya dulu ya encik.”
-ak x b’jye. Ko tkr rncgn lain.
-jmpe tmpt bse ptg ni!

“ Aku ada rancangan baru, kau jumpa isteri dia esok dekat rumah kau cakap yang dia tengah sakit dada or apa-apa la.lepas tu bini dia mesti risau kau ajak…..”
Madiha dan Natasya merancang rancangan dengan teratur.
“Aku setuju sangat.”



“Sayang jaga diri tau. Bie mungkin balik lambat sikit hari ni nak kena pergi tapak projek. Jangan tunggu Bie.”
“Baik bie. Arshiya, Ardini Ariq and Aqra cepat salam abi, malam ni abi balik lambat.”
“Arshiya tolong ibu tau.”
“Okay, abi.”
Jam beranjak ke pukul 1 petang. Telefon bimbit milik Hanna bordering.
“Puan Nurul, saya Natasya. Saya nak puan datang pejabat sekarang. Encik sakit dada dekat tapak.”
“Natasya, saya dating sekarang jugak.”
Hanna begitu khuatir dengan keadaan Asyraf. Sudah lama Asyraf tidak sakit dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum, kak long. Hanna nak minta tolong kak long tengokkan kembar-kembar ni sekarang boleh tak? Abang sakit tiba-tiba.”
Hanna menghubungi kakak sulung Asyraf, dia begitu buntu mahu minta pertolongan siapa untuk menjaga anak-anaknya itu. Masakan dia bawa kembar.

No comments:

Post a Comment