^^

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 18, 2011

Bermula Disini 4

‘Macam kenal je moto tu? Tapi di mana ya ? Moto makwe aku tu. Nak tolang la dia. Terima kasih ya Allah.’
" Kenapa ni ? nak saya tolong ke ? " soal Asyraf.
"Entah. Tak susahkan ke? “
“ Tak makna susah la. Saya memang suka tolong orang ni.”
" Awak tau tak mana-mana bengkel ? saya ingat nak hantar bengkel je, “
“Bengkel ada kat depan sana tu. Awak bawak moto saya pergi bengkel Ah Hoon tu, moto awak biar saya tolak pergi sana.”
“Eh! Tak payah la. Saya tolak moto saya awak just tunjuk je dekat mana?”
“Tak pe. Saya ni lelaki takkan saya nak biar awak tolak moto yang berat ni pulak. Kunci moto ada dekat moto tu. Awak start pastu bawak macam biasa.”
‘ alahai, kenapa la aku ikut sangat cakap mamat ni. Kesian dekat dia kena tolak moto aku. Tapi dia nampak hensem sangat. Hanna, kau jangan nak mengada-ngada.’
“awak terima kasih tau. Kalau awak tak de tadi alamatnya saya tak balik la.”
“It’s okay la. Saya teman awak sampai moto awak siap tak pe kan?”
“Tak yah la. Awak ni baik sangat la. Nanti saya tak tau nak balas  balik  budi awak. Saya dah cukup segan awak tolak moto saya tadi.”
‘Hanna sayang, saya sanggup buat ape pon untuk awak. Cewahhhh. ‘
Asyraf tetap juga menemani Hanna petang itu. Walaupun keadaan bengkel itu bising, Asyraf dan Hanna sedikit pon tidak merasa terganggu. Asyraf senang sekali kerana dia dapat mengenali dengan lebih lagi tentang Hanna.
Namun tanpa Asyraf dan Hanna sedar, ada orang sedang menahan rasa marah melihat kemesraan mereka. Madiha Zulaikha itulah orangnya.  Madiha berkawan dengan Asyraf sejak tadika lagi, madiha menyimpan perasaannya terhadap Asyraf. Sebelum ni ada sahaja yang cuba menawan hatinya akan tetapi hanya ada Asyraf di hatinya yang satu itu.


“Ash, kau pergi mana tadi aku cari kau? Penat kau tau tak? Oi, Asy.”
“Der.. sorry. Benda kau tanya tadi? Aku tak dengar la.”
“Aku Madiha Zulaikha,tanya kau pergi mana petang tadi? Aku cari kau.”
“oh, petang tadi aku pergi dating dengan pompuan cantik.”
“Sape nama dye? Aku kenal tak?”
“Ada la. Kau tak kenal kot. Madiha aku masuk rumah dulu eh.”
‘Asy sampai hati kau tipu dengan aku. Kau tau tak aku tahu kau keluar dengan Hanna bodoh tu!’
-Asy, mlm nh ak xg 2syen.. aku sket gg. Bgtau chegu.
-- k..
‘Asy, tu je yang kau balas. Kau tak nak tanya ke aku jumpa doktor tak? Kau kejam Asy.’


“Hai, sorang je ke? Kawan tak datang eh.” Asyraf menegur Hanna.
“Assalamualaikum. Kawan saya sakit kepala dia tak dapat datang la. Ni awak sorang je mane kembar awak?”
“hehe.. Waalaikumsalam, kembar saya sape?”
“Ala, zulaikha kot nama dia. Saya tak ingat la nama dia.”
“Madiha Zulaikha. Dia bukan kembar saya la. Dia tu kawan baik saya sejak saya tadika lagi.”
“Wah, lama jugak awak kawan dengan dia. Awak, budak laki yang lain dah masuk tu. Baik awak duduk dekat tempat awak. Nanti apa pulak dorang cakap awak duduk sebelah saya sembang-sembang.”
Asyraf mengenyitkan mata kepada Hanna. Hanna terkejut dengan perlakuan Asyraf yang tiba-tiba itu.
‘Tadi aku kenyit mata dekat dia kan? Alamak, nanti dia mesti fikir pelik-pelik pasal aku.’
Keadaan bilik kelas teramat bising, ada kala kedengaran suara Puan Deyra menjerit .
“Acap, kau ni laju gila buat latihan tu. Selalunya kau mesti asyik ajak kitorang nh sembang-sembang pasal bola.” Nabeel menegur Asyraf yang sedang tekun menyudahkan latihan yang di beri oleh Puan Deyra.
“Hari ni aku tak tengok berita bola la. So, aku buat la kerja aku ni.”
‘fuh! Nabeel sebenarnya aku nak berubah. Aku dah taknak sembang-sembang lagi masa kelas tuisyen ni sebab aku nak dapat keberkatan dari cikgu and aku nak tawan hati Hanna.’
“Korang lepas abis kelas lepak kedai sebelah bengkel Ah Hoon. Acap kau ikut jugak tau. Lu tak de wa belasah lu. Hahaha..” Ujar Nabeel.

No comments:

Post a Comment