^^

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 25, 2011

Supa Luv


Perginya dirimu aku merasa kehilangan. Maafkan aku kerana tidak dapat menerima dirimu sebagai kekasih. Maafkan diri ini, hingga hujung hidupmu impianmu tidak dapat aku laksanakan. Amad Faez, Nur Amirah tidak dapat mencintai awak melebihi dari seorang rakan. Sejujurnya saya amat menyenangi awak. Awak memang seorang yang amat memahami diri ini..

                                    ********************************

Hari ni genaplah lapan tahun aku kehilanagn seorang rakan yang begitu memahami aku. Hari ni jugalah aku berjumpa dengan seorang pemuda yang wajahnya iras iras Ahmad Faez. Aku ingin lupakan raut wajah pemuda itu, tetapi akal dan hati aku menolak. Apa yang harus aku lakukan?
Satu pekerjaan aku tidak laksanakan hari ini. Aku juga bernasib baik kerana ketua aku sudah dua minggu ditukarkan ke cawangan lain. Tepat jam lima, aku sudah pulang, hal ini mengakibatkan rakan rakan sepejabat aku menjadi hairan.
Selama aku berkhidmat di G.A Holding sebagai setiausaha belum pernah aku pulang tepat jam lima.

                        ***********************************

“ Mira, aku dengar Ameer cakap kau nampak lain hari ni, kau banyak termenung. Kau orait ke?” soal Syikin
“Aku orait je. Abang Ameer tersayang kau je kot yang salah tengok.” Balas aku.
“Amboi, sesedap rasa je kau mengata abang tersayang aku. Nanti aku report dekat dia baru kau tahu.” Ujar Syikin pada aku.
“Memang sedap mingga menjilat jari kaki. Dah la aku nak masuk tidur dulu, esok bos baru nak masuk. Tata..”

                        **********************************

 Aku tidak dapat melelapkan mata, raut wajah tampan itu sering bermain main di mata aku.
‘tidur la, esok dah la bos baru nak masuk’ bicara aku pada diri sendiri.
Entah pukul berapa baru aku tidur, aku sendiri tak pasti. Apa yang pasti, tidur aku  penuh dengan wajah pemuda tampan itu.

                        ********************************

“Nur Amirah ini bos baru awak.” Ujar Dato’ Ghaffar selaku pengarah G.A Holding kepada aku.
Sebaik sahaja aku melihat wajah ketua aku yang baru iaitu Encik Asyraaf Ghozi pen yang sedari tadi aku pegang terlepas dari pegangan aku.
Tiba tiba aku merasa pandangan aku kabur dan…….
“Cik Amirah, sedarlah Cik Amirah .”
Perlahan lahan aku membuka mata aku, perkara pertama yang bermain difikiran aku adakah Encik Asyraaf Ghozi orang yang sama dengan Ahmad Faez?
“Cik Amirah, awak dah sedar ke?” soal empunya suara garau itu.
Apabila aku sedar aku bukan di tempat aku, segera aku membuka langkah untuk keluar dari bilik ketua baru aku itu.

Belum sempat tangan aku mencapai pemegang pintu bilik Encik Asyraaf Ghozi terlebih dahulu memegang pemegang pintu tersebut.
“awak ni okeh ke tak?” soal pemilik wajah tampan itu.
Aku tidak tahu kenapa sekadar anggukan yang aku berikan.
“saya tengok awak ni macam k.o je . awak rest la dulu dalam bilik saya ni.”
“ehem, saya rasa tak perlu kot Encik Asyraaf Ghozi. Saya kena kerjakan kerja kerja saya.By the way, terima kasih sebab sudi tumpangkan saya dekat empuk encik tu.”
“haha. Awak ni clumsy la, lagi satu tak perlulah nak berincik incik dengan saya just call me A.S.H aka abang Ash. Saya gurau je awak panggil saya Ash je. Pasal kerja awak jangan risau Ar dah ambil alih. Mulai saat ini, awak Cuma perlu ikut kemana saya pergi, tak kira la meeting dengan client or saya pergi date ke awak ikot je.sebelum saya terlupa semua pakaian awak dah dihantar ke rumah keluarga saya.” Perkataan keluarga ditekankan Asyraaf Ghozi khuatir Nur Amirah salah mengerti.
“Tapi encik, eh Ash tapi kenapa saya kena ikut kemana sahaja Encik Ash pergi?” otak aku seolah olah lambat sekali memahami apa yang diperkatakan oleh Encik Aysraaf Ghozi yang kacak ini.
“Nanti kita balik awak tanya sendiri dekat mama eh.” Ujar Ash sambil mengenyitkan mata pada aku.
‘mamat ni saja je nak bagi aku perasaan. Malu la aku.’

                                    *********************************

Aku berasa janggal. Satu hari  aku berada di dalam bilik Asyraaf Ghozi, kerja aku tengok ketampanan dia je. Aku akui yang dia memang berkarisma, penuh dengan budi bahasa, ade senyuman yang manis tak macam aku ni serba kekurangan. Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada.
Ada satu lagi perkara yang buat aku merasa kurang selesa adalah tentang Syikin yang sudah berpindah rumah dan sewa rumah itu ditanggung sepenuhnya oleh Dato’ Ghaffar sendiri.
Jam belum berginjak ke jarum lima aku dan Asyraaf Ghozi bin Ghaffar sudah ada di rumah Dato’ Ghaffar. Kedatangan aku baut pertama kalinya di rumah agam ini disambut dengan penuh mesra olah ibu kepada Asyraaf Ghozi yang tampan ini, Puan Ain. Aku begitu seronok melayan pelbagai cerita dari Puan Ain, sehingga aku terlepas untuk menonton drama korea kegemaran aku itu.
“Mira, tinggal sini teman makcik masa pakcik dengan Ash tak ade boleh?”
“Itu makcik kena la tanya bos Mira, kalau bos Mira bagi Mira tak kisah.”
“Ala, kalau makcik tanya Ash mesti dia tak bagi punya. Dia cakap Mira pekerja dia jadi Mira mesti dengan dia selalu.”
Usai solak Isyak dengan berimamkan Asyraaf Ghozi, makcik Ain mengajak kami makan malam. Suasana di meja makan begitu tenteram. Tiba tiba Makcik ain memecahkan kesunyian di meja makan itu.
“Mira mesti pelik kenapa makcik ajak Mira tinggal sini sedangkan kita belum pernah berjumpa dan berbual mesra. Sebenarnya, makcik dan ibu Mira sudah bersetuju nak jodohkan Mira dengan Ash. Esok Mira ikut makcik balik kampong Mira jumpa ibu. Lusa kita buat majlis pertunangan Mira dengan Ash.” Ujar Makcik Ain.
“apa tunang?”
“a’ah, makcik dah lama perhatikan Mira. Makcik sukakan cara pembawakan diri kamu.”
Patutlah ibu menyuruh aku balik lusa. Rupa rupanya ada udang sebalik mee.
Aku menjeling ke arah Asyraaf Ghozi, dia seolah olah gembira dengan berita ini. Aku  lihat dia hanya tersenyum. Aku ingin menghilangkan diri saat ini.

Keesokan harinya, sesampai aku di hadapan teratak tinggalan abah alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat sebuah khemah dihias begitu cantik siap ada bane tulis
‘Majlis Pertunangan Nur Amirah binti Zamni & Asyraaf Ghozi bin Ghaffar’
Ibu seolah olah cuba melarikan diri daripada aku.
‘ibu, Mira bukan makan ibu pon kenapa je yang Mira nak tahu. Ibu sepatutnya tanya Mira dahulu’.

                                    ******************************

Sepulangnya aku dari kampong halaman dan setelah mendengar penjelasan ibu. Aku telah bekerja seperti biasa, aku masih lagi jadi minah guard @ tunang kepada Asyraaf Ghozi.
“awak bosan ke asyik duduk dalam bilik saya?” soal Ash
“tak adalah, saya Cuma rasa kurang selesa duduk berdua duaan dengan awak dalam bilik ni.” Laju aku menyatakan apa yang aku rasa saat ini.
“Kalau macam tu saya keluar pergi bilik meeting awak duduk dalam bilik ni senyap senyap.” Ujar Asyraaf Ghozi sambil mengenyitkan matanya. Aku sekadar menganggukkan kepala aku.
“apa aku nak buat ni?” soal aku kepada diri sendiri.
Tiba tiba ringtone Katty Perry Firework berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Segera aku lihat telefon bimbit aku, rupa rupanya mesej dari Ash.
‘awk klu buhsan bkk la laptop tu men gem. Sye ade mnyk gem..’
Selepas aku membaca mesej itu terus mr. lappy aku sambar. Sape suruh offer.\

Alangkah terkejutnya aku wallpaper mr . lappy Ash ada gambar aku masa majlis tunang hari tu. Dia siap tulis dekat bawah gambar itu ‘ini aku punyer!!’. Cancel aku nak men game dalam mr. lappy ni. Siapa sebenarnya Ash ni? Dia kenal aku ke sebelum ni?
Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku.
Di dalam kereta aku tanya Ash sama ada kami pernah berkenalan sebelum kami bertemu sebagai bos dan pekerja?



“ mana ada kitan pernah jumpa kenapa awak tanya macam ni?” soal Ash
Aku menghadiahi dia sebuah senyuman.

                        **************************************

“Mira, dah cuba baju belum?”
“belum mama, Mira tengah sibuk buat hantaran Syikin ni.”
“Ya Allah, budak bertuah ni. Mira, kamu nak kahwin lagi dua minggu. Kejap lagi ajak Ash pergi teman cuba baju.”
‘Awk, sye dlm p’jlnan nak amek awk. Kesian awk kne maah dgn mama xd.- luv you’
Aku membalas mesej dari Ash itu.
‘baek Incik Tunang, sye siap nh’

                        ***************************************

Selesai sudah majlis kedua-dua belah pihak. Sudah lima hari aku rasmi menjadi isteri kepada Asyraaf Ghozi . kini aku akiu aku amat menyayangi dirinya.
Aku tersedar dari lamunan apabila bibir Ash menggucup pipi aku.
“Babe, fikir ape ni sampaikan abang panggil dari bawah tadi saya tak dengar?”
“Saranghamnida abang. Terima kasih sebab abang sudi nak kahwin dengan Mira ni.” Ucap aku lalu pipi Ash aku kucup.
“Abang pon sayang sangat dekat sayaang. Abang juga harap, sayang kahwin dengan abang bukan sebab kawan lama sayang tu.”

“Sampai hati cakap macam tu, untuk pengetahuan abang Nur Amira sayang Asyraaf Ghozi sebab Asyraaf Ghozi adalah diri dia sendiri. Tak ada kena mengena dengan orang yang dal lama pergi tu.”
Airmata Ash mengalir, lalu aku hapus airmata suami tercinta.
“The name I love once of my life is only you, Asyraaf Ghozi. I’m yours always abang. I will never be okay without you. I love you a thousand times. I love you, Aishiteru, Saranghamnida, Sayang abang sangat.” Bisik aku pada Ash. Ash memeluk aku.
“Always be mine. I will always be your man. je taime, sayang Mira."


*Cerpen paling pendek dan simple + agak pening.

No comments:

Post a Comment