^^

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 23, 2011

Bermula Disini 8

"Sayang, jom honeymoon. "
" Honeymoon ? "
" yup. Bie nak ajak sayang pergi tempat yang romantik. Sure sayang suka."
"hurm.. bie nak bawa sayang pergi Bali ek ? "
" No "
" Habis tu ? "
" Nanti sayang tau la. "
Hanna memasamkan mukanya.
"Sayang, tak nak la masam masam macam ni. Nanti bila baby ni keluar dia masam macam ibu dia jugak."
" Bie suka cakap macam tu. Jadi betul-betul padan muka Bie. Kesian anak ibu, sampai hati abi cakap macam tu. Tak pe, sayang ibu mesti jadi anak yang baik jangan jadi mcam abi. "
"Sayang jangan nak mengarut eh. Baby dalam tu paham apa yang ibu dia cakap. Nanti dia tak suka abi dia yang hensem ni macam mana ? Sayang nak tanggungjawab ? sayang mesti tak nak tanggungjawab punya. So, sayang bie yang comel lagi cantik jangan nak buat cerita ngarut-ngarut dekat baby tau. "



 9 bulan….
"Bie cepat…."
"Mama, Hanna nak bersalin dah ni. Nak buat apa ni mama ? "
"Hantar la pergi hospital."
Sejam Asyraf menunggu, akhir nya doktor keluar dan…
“Tahniah Encik Naashif, you dapat kembar empat.”
“Betul ke ni? Ibu baby tu nama Nurul Hanna ke?”
“Ye la Encik Naashif. Takkan saya salah pulak. Pagi ni isteri encik je yang baru bersalin."
" Terima kasih banyak-banyak doktor."



“Thank you sayang. I love you. Sayang, rehat tau. Tak nak gerak banyak-banyak.” Asyraf mengucup dahi isterinya itu.
“Assamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Ayah, ibu mama.”
“Alahai, comel la cucu opah ni. Macam muka abi dia tapi kulit semua putih. Asyraf anak-anak kamu ni jangan bagi main panas sangat nanti jadi macam kamu dah macam buntot kuali dah mama tengok.”
“Ala, mama ni. Suka ngata Asyraf."
"Nur dengan Asyraf dah pilih nama ke untuk cucu-cucu ibu ni ?"
"Bie, sebut sikit nama baby-baby kita yang comel macam ibu dia ni"
“ Mana boleh semua comel macam ibu, mesti la ensem macam Abi jugak.”
«  Yela-yela."
"First, Naurah Ardini. Second, Naqiuddin Aqra, Naqiuddin Ariq and Naurah Arshiya”
“Cantik nama cucu-cucu mama. Tapi kenapa N.A – N.A?”
“Sebab N for Nurul A for Asyraf”
Dahi Hanna dikucup Asyraf. Asyraf bahagia.
“Kamu ni Asyraf, cuba la jangan buat aksi romantic romantic dekat depan semua orang ni. tengok bini kamu dah merah muka dia.”
“Ala, bukan selalu mama. Mama, Asyraf suka tengok isteri Asyraf yang bulat ni malu-malu.”
“Asyraf sudah la mengusik isteri kamu tu. Ni mama nak balik dah.”
Hanna sekadar menghantar ibu mertuanya dengan lirikan mata sahaja.
Selepas 15 minit…

“Sayang!” pipi Hanna di kucup berkali-kali.
“Bie! Apa ni? habis muka orang.”
“Ala, Bie rindu la dengan sayang.”
‘mengarut je yang bie tahu. Nasib baik aku ni memahami dia. Memahami ke?’
Hanna ketawa kecil.
“Sayang gelak apa tu?”
“Tak da apa-apa. Bie dah makan?”
“Baik sayang cakap. Kalau tak Bie cium lagi.”
“Okay, tak ada sebab la gelak.”
‘Takkan aku nak cakap kot. Tingtong la suami aku ni.’
“Bie tengok sayang ni kecik besar kecik besar je. Geram betul bie.”
“Asal pulak?”
“Sebab sayang dah buat bie sempurna. Thanks sayang. I love you.”
Sekali lagi pipi dan dahi Hanna dikucup.


‘bie tak ada la pulak hari ni. eh! Ada surat la.’

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri


Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

~ love you syg! Sorry, bie ada meeting pagi ni. take care.
:: Bie ::

No comments:

Post a Comment