^^

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 23, 2011

Bermula Disini 7

“Asy, kau nampak muram kenapa?”
Asyraf sekadar menggeleng kepala.
‘Madiha aku sayangkan Hanna. Kau pergi jauhkan diri dari aku dengan dia boleh tak? Aku benci kau! Sebab kau la dia benci aku.’ Sayang kata-kata itu sekadar berbicara di dalam hati.
“Asy, jom kita pergi tengok wayang nak tak?” Ujar Madiha.
“Sorry, aku tak ada mood nak tengok wayang.”
“Jom la. Kau fikirkan Hanna tu buat ape? Tak de function pun. »
"Madiha, kau yang buat aku dengan dia bergaduh macam ni. Aku tahu kau saja nak aku dengan dia bergaduh macam ni. Kau nak tahu kenapa aku sayang dia dan bukan kau. Kau kawan aku saje, aku tak boleh suka kau. Aku pernah cuba suka kau tapi aku memang tak boleh. I’m sorry Madiha.”



“Awak naik bas tu hati-hati tau. Sampai je terus mesej saya tau. Kirim salam dekat family awak."
"Ye saya ingat. Jangan risau bas masuk je tol Taiping saya terus mesej awak."
"Main-main tau awak ni. Cium baru tau."
« Eh ! suka hati je nak cium anak orang. Dah la awak pergi balik. Saya dah nampak dah platform and bas tu.. saya malu la nak lintas kalau awak ada dekat sini. Hehehehe. »
" Tunang sapa la ni gedik betul. Okay la saya balik dulu ingat jaga diri."
"Ye Encik Naashif Asyraf."
Asyraf pergi tinggalkan Hanna. Peluang untuk Madiha terbuka luas.
Dari jauh lagi Madiha dan orang upahannya memerratikan Hanna.
“Cik hati-hati.” Ada seorang lelaki menjerit ke arah Hanna. Sebuah kereta Honda city dipandu laju.
Hanna bernasib baik kerana dia sempat mengelak dari di langgar.
Namun, air matanya terusan mengalir, Asyraf yang turut mendengar jeritan tersebut bergegas ke arah tunangnya. Asyraf cuba mengsan nombor plat kereta tersebut tetapi hampa.
Hanna ditenangkan oleh Asyraf. Petang itu, Asyraf menghantar Hanna pulang ke Taiping.
“Awak kita singgah RnR Tapah kejap tau. Kita solat Asar.”
Hanna sekadar mengangguk.
“Awak okay tak ni?”
Air mata Hanna kembali mengalir. Asyraf mula gelisah.
“Awak, dah la jangan nangis dah. Saya ada dengan awak sekarang ni. Dah jangan nangis nanti tak comel.”
“Saya selalu susahkan awak, seen kita form 4 lagi. Saya ni teruk kan? Saya memang tak boleh nak jaga diri saya sendiri.”
“Awak tak pernah susahkan saya. Saya rela la kalau awak nak susahkan saya, saya tak nak tengok awak nangis dah.”



“Asyraf, jemput la masuk. Nur kata balik naik bas alih-alih Asyraf yang hantar sampai rumah. Kenapa?”
“Tadi ada orang cuba nak langgar Hanna, pakcik.”
“Ya Allah, Nur tak cedera ke? Nur okay?”
“I’m okay but I’m still scared.”
“Nur pergi la rehat. Ayah nak cakap dengan Asyraf sikit.”
Hanna sekadar menurut.
“Asyraf kamu tahu tak sapa yang cuba nak langgar Nur?”
“Saya rasa saya tahu pakcik. Rasanya Madiha yang masa tunang dulu dia ada cakap dekat pakcik benda buruk pasal saya tu.”
“Kamu yakin?”
“Saya yakin sangat. Dia memang tak pernah nak tengok saya dengan Hanna bahagia.”

 “Hanna kau terselamat hari ni. Esok belum tentu.”
Madiha meneguk air setan yang sudah sekian lama menjadi sahabat karibnya tika menpunyai masalah.


“Selamat pengantin baru. Aku harap kau dengan Hanna kekal sampai akhir hayat.” Nabeel dan Eyfa mengucapkan selamat kepada mereka berdua.
“Terima Kasih.” Hanna mengenakan baju bertanahkan warna kelabu.
Nabeel mengusik pasangan pengantin baru itu. Gamat suasana dengan kehadiran Nabeel.
Tiba-tiba..
“Asy, terima kasih kau dah hancurkan hati aku. Hanna aku takkan lupa dendam ni. Selamat berbahagia." Ujar Madiha Zulaikha
"Madiha” Hanna memanggil nama Madiha. Namun, Madiha tidak berpaling melihat dia.
Asyraf membisikkan sesuatu ke telinga Hanna.
“Biarkan dia, dia dah banyak buat kita menderita. Dia pentingkan diri.”
Hanna tidak puas hati, malam ini segalanya harus terungkai. Dia ingin tahu segala rahsia yang selama ini dia tidak tahu.



“Awak, boleh tak awak cerita segalanya pasal Madiha buat dekat kita yang saya tak tahu?”
“Tak boleh, sebab sayang still guna awak saya. Kalau panggil Bie baru boleh. Faham?”
« Ish. Mengada la. Saya tak biasa la nak panggil awak Bie. Cepat la cerita. »
"No,till you call me Bie !"
“Okay la, Bie cepat la cerita”
"Kan sedap sikit telinga ni denganye. Ni tak habis-habis awak saya. Sayang nak tahu dari mula ke ?"
"Suka Hati aw.. eh. Bie la."
"Pandai pun."



Jam berginjak ke angka empat, Asyraf dan Hanna masih lagi bercerita soal Madiha. Alangkah terkejutnya Hanna apabila dia mengetahui bahawa orang yang cuba melanggar dia adalah Madiha. Rupa-rupanya, Asyraf mendapat pesanan ringkas dari Madiha, ‘ itu bru sket.. kalu setia dgn dia bnyk lgi derita y bkl dia kna..’
“Sayang, jangan menangis. Benda dah lepas. Bie pon tak tahu kenapa dia jadi macam tu? Sepanjang Bie kawan dengan dia, Bie rasa dia okay je. Bie tahu dia suka bie, tapi nak buat macam mana Bie dah sayangkan sayang."
" Sayang terkejut, dia sanggup buat benda yang salah demi nak dapatkan Bie."
Bibir Hanna sudah mula biasa bermain-main dengan perkataan ‘Sayang’ dan ‘Bie’.
“Sayang, jom tidur. Nanti pukul 6 nak kena bangun solat.”
‘ sayang jangan tinggalkan bie. Love you sayang. Terima kasih Ya Allah’ Bisik hati Asyraf.


Hidup ni macam bola. Adakalanya kita ada di atas dan sebaliknya. Begitulah jua hidup aku bersama dia. Ada manis dan juga pahitya. Aku cintakan dia tapi mengapa aku juga terkadang merasa aku begitu membenci dia. Ya Tuhan, rasa apakah ini?
“Sayang, are you okay? Pucat sangat ni. Pergi klinik nak?”
" Tak nak la. Bie ni busuk la, jangan dekat-dekat dengan orang."
Asyraf tidak hiraukan tegahan Hanna. Asyraf mengeratkan lagi pelukan.
“ pergi la sana, I hate you.”
“Kenapa dengan sayang ni?”
“Nothing!”
“Sayang, Bie nak makan la. Sayang masak apa ?"
"Tak masak makan luar nak tak ?" lembut sahaja Hanna minta makan di luar.
“Apa-apa la sayang Bie ni.”



"Tahniah, Puan Nurul dan Encik Naashif tak lama lagi akan ada ahli baru dalam keluarga Encik dan Puan."
Asyraf yang begitu gembira sehingga dia pengsan di dalam bilik doctor tersebut.
“Bie ni lawak la. Ada ke pengsan dalam bilik doctor tu. Terok la."
" dah nak pengsan nak buat macam mana. Bie teruja sangat, tak sabar nak tunggu 9 bulan lagi. I’m going to be a father. Thanks sayang.  "
Dahi dan pipi Hanna menjadi sasaran Asyraf.
" Sayang kalau nak makan bagitau bie okay. InsyaAllah, bie akan usaha sampai dapat. "
Pipi Hanna sekali lagi menjadi sasaran Asyraf, kali ini lebih lama berbanding tadi.
Hanna sungguh bahagia tika dan saat itu, serasa dunia ini adalah milik mereka.


" Bie, terasa nak makan rendang tok la. Boleh tak Bie carikan ? "
" Rendang tok. "
Asyraf segera menelefon mamanya.
" Mama, tau tak mana tempat yang ada jual rendang tok ? "
" La, apa yang susah sangat. Mama reti la masak rendang tok tu. Esok bawak menantu mama tu datang makan tengahari. "
Talian di matikan. Asyraf lega kerana mamanya tahu memasak makanan tersebut.
" Sayang, esok kita pergi lunch dekat rumah mama okay. Sekarang sayang tidur, dah pukul 9.45 ni. Sayang tak boleh tidur lambat nanti baby sakit. "
Asyraf menyelimut isteri tersayang dan mengucup dahi Hanna. Sejak di khabarkan dengan berita kehamilan Hanna, Asyraf tidak boleh berjauhan dengan Hanna. Dia sentiasa ingin berada disamping Hanna.
"Bie, tak tidur ? "soal Hanna
 "Nak tidur la ni, bie nak tengok sayang bie ni tidur dulu. Sayang nak bie dodoikan ke ? "
Hanna sekadar tersenyum.
‘orang dah besar ada ke bie nak dodoikan, tapi kalau bie dodoikan best jugak ni.’
Hanna ketawa kecil.
 "Sayang nak suruh dodoikan dengan lagu apa ? " 
‘Ish, mengarut je yang bie ni tau.’
" aha ! bie tahu lagu apa. "

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


Asyraf menyanyikan lagu selamat malam dari faizal tahir itu dengan merdu sekali.
Mata Hanna sudah mula berkaca, ‘sayang bie sangat.’
 "Love you Bie." pipi Asyraf di kucup Hanna.
"Love you too. Dah tidur cepat. Baca doa"

No comments:

Post a Comment